Thursday 13 October 2011

Ko Santau Aku, Aku Santau Kau Balik.


 Salam....
Okay, kali ini Sern nak bawa semua ke alam Santau. Bukan Santan. santan tu yang ada kat dapur, emak kita guna untuk masak....
Santau? Apa tu Santau? Sejenis kuih ke? Santau ni lokasi pelancongan ke?
hah, untuk pengetahuan semua Santau merupakan rangkaian daripada 3 perkara iaitu ramuan, sihir dan mahluk halus. Santau sering diamalkan di IndonesiaMALAYSIA, Philipine dan sedikit tempat di Selatan China. Korang tau tak jenis Santau yang ada?
Ada 4 jenis Santau iaitu Santau Angin, Santau Tuju, Santau Makanan dan Minuman dan Santau Langkah.
Mari kita tengok satu persatu.

Budak2 nie, adlah yang terkena mangsa santau TIDO oleh penceramah...haha

Santau Angin ni disebarkan melalui angin samada secara bersemuka atau melalui sebaran. Santau ini diletakkan di celah kuku sebelum dibuang di tempat orang ramai. Melalui pengetahuan Sern, 1 jari boleh beri kepada 20 mangsa. Kalau 10 jari? Astaga..sendiri fikirla eh.


Santau Tuju. Santau ini ditujukan kepada individu berkenaan. Peratusan kena ada 99.9%. Elakkan daripada menyebarkan tarikh lahir anda kerana si penyantau boleh membuat kiraan dalam tarikh lahir anda dan bila hari anda boleh dikenakan. So, hati-hati dalam berikan tarikh lahir anda. *takutnye...sern nye ..*


Santau Makanan dan Minuman. Ia dimasukkan dalam makanan dan minuman. Jika seseorang mengamalkan pendinding diri, dia boleh detect dengan cara seperti gelas or pinggan pecah, terdapat rambut dalam makanan. Jangan ambik ringan okay kalau ada rambut dalam makanan tu. Jangan ingat rambut tu jatuh or gugur okay. Take more serius okay.


Santau Langkah. Boleh dilakukan samada di rumah atau pejabat or mana-mana je. Si penyantau akan taburkan semua benda dia buat then sebut orang yang dituju tu. Apabila dia memijak atau melangkah, then sahla dia kena. Jadi, mulakan langkah dengan kaki apa? Mesti semua tau kan. Pehatikan juga sekeliling tu okay.

Kenapa Sern tetiba bawa isu Santau ni. Ini sebab ada berlakunya perkara sebegini dalam masyarakat kita. Ini kisah benar dan bukaan rekaan Sern. Perkara ini terjadi di tempat Sern tinggal. Jiran Sern sendiri. Dia terkena santau oleh orang yang tidak berperikemanusiaan. Yang kenanya anak , yang nak ditujukan kepada si bapa. hurm, apala masyarakat kita ni. Mengikut sumber, hampir keseluruhan tempat sudah terkena dan kami terpingga-pingga mendengar kenyataan itu. Si penyantau nak santau orang tu sebab ada perselisihan faham. Adoii la..takkan silap sikit je nak santau? Ambil la alternatif lain berbanding dengan melakukan perlakuan syirik ni . Hurm, harap si anaknya semakin sihat. Walaupun luaran nampak takda, tapi Sern percaya masih ada lagi melekat dalam badannya. Kesian dia..dah la perempuan..hurm...Moga Si penyantau mendapat balasan daripada Tuhan.

persoalannye, : siapakah makhluk yang bernama SERN.... GENG,geng..geng...

P/S : Kalau mimpi jatuh tempat tinggi atau mimpi dapat bayi..anda patut berhati-hati. Ada orang hasad dengki tengah menghantar sesuatu kepada anda. Takut kan . Jauhi Santau ni. Janganlah saling menyantau. Kang tak pasal-pasal tersantau diri sendiri okay!

Friday 7 October 2011

REFRESH IMAN... !?.




       Assalamualaikum... jam laptop menunjukan pukul 9.13 malam. aku bertangan dua. berjari sepuluh sedang menaip entry ni di bilik. Otak yang GENIUS nie tetibe terSTOP...dek kerana idea-idea yang aku kumpul, susun, dengan semangat berkoba-koba sebentar tadi. tetibe... bile dah depan laptop nie hilang dengan sekelip mata..gggrrrhhh.... (usaha tangga kejayaan )

       Bila jari-jemari MENAIP maka, terhasillah ENTRY. waahh,.. amacam puasa yang lepas. lebih BAIK ke atau lebih terBALIK, mungikn kita rindu dengan bunga api. makan kurma. berbuka bersama family dan perkara yang kita tidak lupa pada bulan puasa. itu dari luaran, dari dalaman macam mane pulak!! bersedekah. Qiamulail. tadarus. mungkin bulan ini takde langsungkan benda-benda ni... bangun lah! abang.kakak.adik.makcik.pakcik.ayah.emak. mudah betul kite tipu iman kite dengan membuat baik pada bulan mulia sahaja. tibenye bulan tak mulia kite pun jadi x mulia...

        Topic ini untuk kita menyegarkan iman yang sedang di awang-awangan dan tiada hala tuju, bende yang haram pun kita langar jee... apa etah  lagi benda yang WAJIB.tak pernah sentuh... berbanding dengan bulan puasa yang lepas, kalau nk buat jahat pun fikir dua tiga kali... jika kita nk tunggu bulan puase je.baru nak buat baik memang tak dapat de JAPP.. Itu pun kalau  kite sempat sambut puasa yang coming soon punye kalau x..!!?? maknenya kite kat alam lain laahh... jangan sekadar kuat angkat berat jee,kalau iman kite bile di tiup pun dah jatuh... macam mane kite berlatih untuk dapat yang terbaik. macam itulah kita latih iman,untuk yanG terBAIK 

Dibawah ini serba sedikit amalan yang boleh meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita. supaya lebih mantoopp.!! nie amalan yang mudah dan ringkas. jika kita buat dengan ikhlas akan berjalan dengan lancar..( buat yang mudah dulu ). kalau nie pun x dapat nak buat... ADEN TAK DAPEK NAK NOLONGNYE.., :).
 Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.