Saturday 29 September 2012

bidadari : kamu begitu mahal


Kali ini khas buat wanita ^^_

Saya umumkan, saya antara pencinta wanita. Wanita sangat mahal pada pandangan saya.
Mana mungkin saya tidak mencintai wanita kerana, saya sendiri lahir dari rahim wanita.
Seorang doktor,guru, perdana menteri, perompak, sesiapa sahaja lahir dimuka bumi ini, lahir dari rahim wanita kecuali Nabi Adam.

Tiada manusia hebat. Semuanya sama. Lahir dari seorang wanita. Namun, kehebatan seseorang manusia itu lahir bila ada seorang wanita yang hebat bersama mereka. Itulah ibu.

Maka, jika rosak wanita, maka, rosaklah masa depan dunia.

Wanita itu mahal, kerana itu mereka juga Bidadari.

Apa punca mereka mahal ?
Kerana Islam meletakkan wanita di tempat yang tinggi nilainya . Malah, Islam sendiri menggariskan aurat wanita yang berbeza dengan aurat lelaki. Lebih tertutup. Susah dinampakkan, kecuali yang halal sahaja dibenarkan melihat aurat wanita .

Menutup aurat itu menunjukkan keperibadian wanita itu sendiri. Ya, saya tidak bohong!
Buktinya wanita juga boleh diibaratkan seperti barang kemas, intan permata. Kerana apa, kerana mereka mahal, kerana itu saya samakan mereka dengan barang kemas dan intan permata.

Nampak ?
TERDIDIK MANITA TERDIDIK GENERASI ( USTAZAH PILIHAN )
Mari renungi bersama .

Sabda Rasulullah s.a.w “Barang siapa yang jatuh cinta, lalu menyembunyikannya dan memelihara kesucian dirinya serta bersabar sampai dia meninggal dunia, maka dia adalah seorang yang mati syahid.”

Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya .

Thursday 20 September 2012

BUAT IBU : KEBAIKAN YANG BERTERUSAN


Assalamualaikum.. w.b.t
Mereka mengajar . Mereka mendidik . Mereka juga memperjuangan cinta .
Itulah IBU...
Cinta mereka disalurkan demi memberikan kemanisan untuk kita. Tanpa henti kita merasainya. Tanpa jemu mereka menaburi cinta untuk kita .

Lihat sahaja hari ini, tanpa usaha keras seorang ibu, mana mungkin kita menjadi diri kita yang sekarang. Tanpa letih dan jemu juga kita masih lagi mengguna pakai ilmu yang dicurahkan oleh seorang IBU .

Mereka biasa-biasa, namun usaha dan cinta mereka kepada kita sangat luar biasa. Mereka akan terus berjuang, selagi mereka masih bernyawa. Erti hidup pada memberi. Analoginya ibarat pokok pisang. Ia biasa-biasa, namun hasilnya sangat luar biasa. Menabur budi sehingga ia mati malah jasanya terus mengalir lagi. Walaupun pisang tidak akan berbuah dua kali, namun berbuahnya kali pertama dan selepas itu mati, cukup memberikan ispirasi. Matinya bukan mati biasa biasa, namun matinya masih lagi berjasa. Ia mati bukan hanya selepas meninggalkan buahnya, sebaliknya ia pasti meninggalkan anak-anaknya dan kita akan dapat menikmati buah pisang lagi walupun pisang yang dahulu telah mati.

Pokok pisang hakikatnya menggambarkan realiti hidup ibu yang perlu kita contohi dan teladani. Ia mengajar kita erti untuk memberi, berjasa. Jangan berhenti melakukan kebaikan walupun setelah kita telah mati .
Contohnya, sikap berbudi bahasa itu diterapkan sejak bermula dari madrasah pertama anak-anak. Ia didik mengikut acuan dari ibu dan ayahnya. Bagus acuanya, bagus juga produknya. malah sehingga kehari ini, sikap berbudi bahasa itu masih lagi diguna pakai hingga si anak meningkat usianya.

Contoh lain pula, ilmu yang diajar juga dan ilmu yang dididik oleh seorang  ibu juga masih lagi diguna pakai untuk masa-masa yang mendatang kerana, semua yang kita lakukan pada hari ini sehingga sejak berkurun lamanya lagi perlu disertakan dengan ilmu bagi merealisasikan apa yang ingin direalisasikan.
Inilah yang dikatakan mereka terus berjuang demi cinta . Walaupun sudah pergi, namun cinta mereka masih lagi diguna pakai. Masih lagi mengalir untuk kebaikan .
Kebaikan yang terus hidup.

Namun, adakah kita memerhati ?
Oleh itu, sebagai manusia yang sentiasa berfikir dan berzikir , pasti teladan dari ibu diiktibarkan dalam kehidupan. Bahkan orang yang berjaya sentiasa berfikir untuk membuat satu kebaikan yang berterusan hidup selepas kematian.
Jasa mereka sangat luar biasa, maka kita juga perlu memperluas cinta meraka agar kebaikan itu terus hidup .
“Apabila mati anak Adam , maka telah terputuslah amalannya melainkan tiga perkara ; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang mendoakan keatasnya”
( Riwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari)
Jasa yang dikenang untuk ibu, 
Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya . Selamat hari ibu.
P/s : SAYA SAYANG AMMAK... :

Tuesday 18 September 2012

s.a.h.a.b.a.t


SALAM...!?

ya Allah, andai sahabatku resah.. tenangkan ia dengan ketenanganMu.. andai dia takut.. kuatkan ia dengan kekuatanMu.. andai dia lalai.. tunjukkan ia dengan petunjukMu.. andai ia sedih.. gembirakan ia dengan kegembiraanMu..

ya Allah..
merindui sahabat itu yang menjadi penguat dikala lemah..
hadir dikala teringat padanya..
mendapat nasihat saat leka..
mendapat teguran tika khilaf menutur bicara..
mendapat kekuatan saat jatuh..

ya Allah..
moga sahabat itu sentiasa dalam rahmatMu
moga ia selalu dalam redhaMu

biar berjauhan kerana cita dan cintaMu
moga rabhitah hati berkekalan
moga ukhwah berpanjangan
moga doa menjadi iringan
moga bertemu ke syurga
jaga dirimu baik-baik
hanya mampu melihat dari jauh

"Berkasih sayang dan membenci kerana Allah"
yup!
punya Allah untuk kuat..
punya Allah sumber inspirasi..
punya Allah untuk segalanya..
sahabat cuma wasilah dariNya..

sakit itu Nikmat..


salam... yang bernama MANUSIA,.!?

Kadangkala dalam perjalanan kehidupan ini, manusia jatuh sakit.
Allah ujinya dengan kesakitan.
Kadangkala manusia hanya tidak perasan,
Allah sedang memberikan kepadaNya titik perhentian untuk bermuhasabah.
Sungguh sebenarnya, sakit itu nikmat.

Nikmat Peringatan :
Kita perlu sedar bahawa kita adalah manusia. Dinamakan manusia kerana fitrah manusia adalah pelupa. Ada antara kita berilmu luas, ada pula antara kita harta melaut, ada pula kita kebolehan tak tertanding, dan 1001 nikmat lagi. Tetapi dengan sakit, semuanya itu seakan tidak berguna langsung. Yang kita mahu adalah sihat.
Ketika itu kita akan tersedar. Kalau ilmu, harta, kebolehan dan kebanyakan nikmat material lain kadangkala boleh menjauhkan kita daripada Allah SWT apabila disertai bongkak, angkuh, riya’ dan sebagainya, sakit membuatkan kita beringat.
Kadangkala kita akan terfikir, apakah yang telah kita lakukan atas tubuh kita yang sihat sebelum ini? Kadangkala kita akan teringat, perbuatan-perbuatan kita yang tidak sepatutnya kita buat semasa kita sihat.

Ada pepatah berkata:
“Hanya orang yang miskin tahu nikmat kekayaan, hanya orang sakit tahu nikmat kesihatan, dan hanya orang mati tahu nikmat kehidupan”
Sakit, mampu menjadikan kita beringat. Seakan-akan bila kita sakit, Allah SWT berbisik kepada kita:
“Sesungguhnya Aku mampu menarik nikmatKu bila-bila masa sahaja”
Maka wajiblah kita memperingatkan diri
Allah SWT berfirman:
“Demi Sesungguhnya , Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan brikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar” Surah Al-Baqarah ayat 155.

“Dan patutkah mereka tidak mahu memerhatikan, bahawa mereka diuji, pada setiap tahun, sekali atau dua kali(paling kurang), kemudian mereka tetap juga tidak bertaubat dan tidak juga mereka mahu mengingat?” Surah At-Tawbah ayat 126.

“Alangkah baiknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri(taubat dan insaf) ketika mereka ditimpakan azab Kami?…” Surah Al-An’am ayat 43.

“Tidak ada satu kesusahan, yang menimpa di bumi dan juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia diadakan di dalam Kitab sebelum Kami menjadikannya. Sesungguhnya yang mengadakan demikian(kesakitan, cubaan, bencana) itu, adalah mudah bagi Allah. Supaya kamu tidak bersedih hati dengan apa yang luput daripada kamu, dan supaya kamu tidak bongkak dengan apa yang ada pada diri kamu, dan ingatlah bahawa Allah tidak suka pada setiap mereka yang takabbur lagi membanggakan diri” Surah Al-Hadid ayat 22-23.

Tiadalah sakit-sakit ini menimpa kita, tiadalah bencana itu ini menyentuh kita, melainkan ada hikmahnya. Allah ingin kita kembali mengingati-Nya, bergerak ke arah-Nya, muhasabah kembali kehidupan kita.
Sakit adalah petanda bahawa kita adalah manusia.
Ya, manusia yang lemah. Sebagai yang lemah, kita perlu beringat. Perlu sentiasa sedar akan kekerdilan kita. Didatangkan sakit, adalah untuk kita beringat betapa kita hakikatnya langsung tidak patut mendongak bongkak kepada Yang Maha Berkuasa – Allah SWT.

Penutup: Maka bersyukurlah atas nikmat ini
Jangan dicela sakit yang menimpa. Ambil penyakit itu sebagai peringatan. Sesungguhnya kita ini manusia yang lupa, dan sakit bencana yang menimpa itu untuk peringatan.
Dan tidaklah peringatan itu tiba dari yang bukan memerhatikan. Maka ketahuilah bila anda sakit, Allah hakikatnya sedang memberikan perhatian kepada anda. Bukankah itu satu kemuliaan?
Tetapi bagaimana kita melayan sakit kita? Bagaimana kita berhadapan dengannya?
Ada antara kita menyumpah Allah kerana menyukarkan kehidupan kita.
Namun Allah SWT berfirman:
“Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu” Surah Asy-Syura ayat 30.
MasyaAllah… tetapi Allah ampunkan sebahagian besar dosa kita atas bencana yang datangnya kerana kita.
Bukankah kita sentiasa mendegar: Sakit itu kaffarah dosa?
Di sini kita muhasabah kembali kehidupan kita.
Sakit itu nikmat, yang tidak boleh kita biarkan ia berlalu sia-sia.