Siapa yang mencipta ALLAH ?
Bersendirian selalu mendatangkan pelbagai persoalan dalam diri kita.
Di antara sedar dan tidak sedar kita terfikir siapa yang menciptakan alam ini.
Siapa yang menciptakan manusia, siapa yang menciptakan bumi, bintang, langit,
dan apa yang ada disekeliling kita. Perasaan itu datang kerana sifat manusia
yang ingin tahu. Seterusnya fikiran melayang jauh sehingga tidak sedar kita
bertanya dengan diri kita SIAPA YANG MENCIPTA ALLAH!!
Awas!! ini adalah bisikan dari syaitan! syaitan yang dilaknat!
Dari Aisyah, Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya syaitan akan datang
kepada seseorang diantara kamu lalu ia berkata: "Siapa yang menciptakan
kamu?" Lalu dia menjawab: 'Allah', kemudian syaitan akan bertanya lagi:
Siapakah yang mencipta Allah?" Apabila seorang di antara kamu mendapati hal
semacam itu, maka hendaklah dia berkata “aman tu billahi wa rasulih” (aku
beriman kepada Allah dan RasulNya) dan dengan ucapan itu syaitan itu akan pergi
dari dirinya." (Hadis riwayat Ahmad dengan sanad hassan)
P/S = Nabi saw. bersabda, "Apabila kamu hendak tidur, hendaklah berwuduk
terlebih dahulu sebagaimana wuduk untuk melakukan solat." (HR.
Bukahri dan Muslim)
sesuatu yang dicipta itu sentiasa menjadi makhluk walau bagaimana cara sekalipun...
ReplyDelete