Friday 17 October 2014

BERSYUKURLAH...!!!

Salam, JUMAAT... !!! :)

BERBAHAGIA ITU SEDERHANA

Mendengar isteri membebel di rumah, bererti aku masih punya keluarga.

Mendengar suami masih mendengkur di sebelahku bererti aku masih punya suami.

Mendengar ayah dan mak menegurku dengan tegas bererti aku masih ayah dan mak.

Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal, bererti aku masih punya anak untuk saham akhirat ku nanti.

Merasa letih setiap petang selepas penat bekerja, itu bererti aku mampu bekerja keras.

Membersihkan pinggan dan cawan kotor seteleh menerima tamu di rumah, itu bereti aku punya teman.

Pakaianku terasa agak sempit, itu bererti aku makan cukup.

Mencuci dan meng IRON timbunan baju, itu bereti aku memiliki pakaian.

Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti aku memiliki tempat tinggal.

Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti aku dipercayai dapat melakukan.

Mendengar bunyi ekzos dan hon itu bereti aku masih boleh mendengar.

Mendengar bunyi Azan di subuh hari, itu bereti aku masih hidup

Akhirnya banyak hal yang kita dapat syukuri setiap hari.
Aku juga bersyukur mendapatkan pesan ini, kerana secara tidak sedar aku masih memiliki teman yang peduli padaku.

Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meski tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun.

Bersyukur walau diri ini selalu mengeluh tanpa berfikir hikmah di sebaliknya...


No comments:

Post a Comment