Monday 16 September 2013

the important date

Hari kelahiran dan hari kematian..??!!

Sekadar ingatan buat diri, sempena hari kelahiran saya ke bumi ini. 
Assalamualaikum w.b.t,

Segala puji bagi Allah SWT yang menurunkan kepada para hambaNya kitab Al-
Quran yang tiada padanya keraguan atau kesesatan melainkan orang-orang 
yang mempelajarinya tanpa berguru dengan yang hak. Selawat dan Salam ke 
atas Nabi kita Nabi Muhammad SAW, doa yang menyelamatkan kita di dunia dan akhirat, juga ke atas sekelian ahli keluarga, para sahabat dan sekelian pengikut Baginda SAW sehingga ke hari pembalasan kelak.


6 SEPTEMBER, hari kelahiran aku didunia ini, yang sudah pasti aku tidak tahu menahu kenapa aku berada di sini sehingga hari berganti hari, tahun berganti tahun, zaman berganti zaman. sampailah aku membesar di dunia ini dengan pertolonganMu YA ALLAH.! sesetengah hamba Allah tidak sempat mengenal dunia dan ada juga tidak sempat merasai duniawi ini, mungkin Allah lebih sayang akan mereka. 
Bagaimana pula dengan hari atau tarikh kematian kita.?

Bak kata ustaz, kebiasaanya Orang-orang Islam, Insya-ALLAH akan mati dan meninggal pada tarikh yang sama. Contohnya Nabi Muhammad S.A.W, nabi yang kita sayangi. Beliau lahir pada 12 Rabiul awwal iaitu pada hari Isnin dan wafatnya juga 12 Rabiul awwal pada hari Isnin juga. Kata ustaz juga, kalau kita tidak mati ditarikh yang sama. Insya-ALLAH akan meninggal di hari yang sama kita dilahirkan. Kalau hari Jumaat lahirnya kita. Kita akan meninggal pada hari Jumaat.

6 SEPTEMBER juga, hari tarikh lahir aku menurut tahun Masihi kononnya berdasarkan tahun daripada lahirnya Nabi Isa AS. Bahkan ada juga yang mengatakan tahun yang dikira bermula daripada kewafatan Nabi Isa AS, yang mana sebagai orang Islam kita menolak pernyataan itu. Ini adalah kerana Nabi Isa AS tidaklah wafat  seperti mana dakwaan sesetengah pihak tetapi telah diangkat ke langit oleh Allah SWT. Sekadar sepintas lalu sejarah mengenai sistem tarikh yang kita gunakan kini.

Walaupun jarang sekali saya meraikan atau menyambut hari kelahiran ini, saya selalu mengingatinya. Sambutan hari jadi ni, sejak sekian lama berevolusi dan beransur-ansur tersebar luas dan mula diamalkan oleh orang kebanyakan sesuai dengan arus kemajuan, pembangunan dan kemodenan. Jika dahulu sambutan hari jadi disambut oleh bangsawan-bangsawan dan golongan yang kaya sahaja, namun kini masing-masing sedikit demi sedikit mula bertambah dan mampu menyambutnya secara kecil-kecilan sehinggalah akhirnya sambutan hari lahir ini sudah menjadi adat dan kebiasaan pula kepada orang kebanyakan. Sehingga ia mula diraikan hampir di setiap ceruk di seluruh pelusuk dunia.
Kenapa, apabila datangnya hari lahir sesorang itu akan diberikan hadiah.??

Justeru, ingatilah dan sambutlah hari lahir kita sebagaimana Allah SWT dan RasulNya SAW mahukan kita senantiasa bermuhasabah mengingati muda sebelum tua dan hidup sebelum mati. Mulakan dengan memperbaiki niat dan azam kita untuk terus bermujahadah dan istiqomah memperbaiki dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Seterusnya beramal-ibadahlah dengan penuh kesungguhan untuk akhirat kita seolah-olah kita akan mati esok hari tanpa kita melupakan atau mengabaikan nasib kita dan keluarga kita di dunia ini.

akhir kata, setiap kelahiran pasti ada kematian 

Allahu Wa Rasuluhu A'lam.

P/S : ALLah selamatkan kami, Allah Selamatkan Kami (nak kek naktiup lilin )