Wednesday 20 August 2014

MERDEKA KAH KITA..!

Assalamualaikum... W.B.T

HELLO GENG...

Dihari yang mulia ini..cehh mcm kenamaan.

Adakah betul-betul kita ingat tarikh merdeka dan tahun ni tahun yg ke-berapa kita merdeka.!!! Majoritinya separuh dalam seluruh rakyat MALAYSIA yang ambik tahu, yang kena tahu, yang terpaksa tahu, yang buat-buat tahu dan yang tak tahu pape. 

Ini saya tujukan kepada pemuda yang bakal memimpin negara pada suatu hari nanti, terutama pemuda melayu. 

Hai Melayu.!!!

Rumahmu sekarang semua dibina oleh orang Indonesia, 
ekonomi negara pula di kuasai Cina,
golongan profesional semuanya india,
warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa

warga bangla pula menjadi jaga, orang nepal menabur baja,
orang pakistan usung karpet yang dulu menaiki basikal dan sekarang sudah memiliki motor sendiri.

dimana kedudukan melayu sekarang.

harapkan hiburan, lagi best filem barat,
harapkan bahasa, kebanyakannya bertukar kesat,
harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat !

Melayu masih mendabik menjadi tuan ?
rupanya kerja kelas bawahan, ditipu mentah orang atasan, konon pejuangan ini untuk kalian.

kerja sikit, sembang kencang. banyak rungut, sikit rancak. bila tegur di tuduh lancang, konon kau pantang di cabar, konon kau tangkas mencabar, tapi cuma indah khabar, rentakmu makin lama makin hambar,

kau melayu aku pun melayu
aku menulis bukan cemburu, aku mahu engkau tahu kenapa melayu tak macam dulu... Jarimu hebat bertutur di laman sosial, bila berdepan ekonomi semasa  kau tidak berdaya, kau cuma hanya tahu bergaya

kau melaung-laung di jalan raya, bagi tahu kepada dunia, ini bumi aku yang punya. Pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya
kerana hendak bergaya kau gadai pusaka, bila dah kaya kau jadi puaka
ini tandanya kau sudah derhaka

sedar lah bangsaku, bukalah mindamu, bersatulah bangsaku kerana Malaya bukan lagi milikmu.
Aku melayu kau melayu,. Bodoh sombong harus di tepis
riak, bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus diguris
bersatulah melayu kerana agama, bangsa dan moyang-moyang yang telah berjasa.!!!

SELAMAT HARI MERDEKA...

Bulan ini adalah bulan seluruh raykat MALAYSIA menyambut hari kemerdekaan pada 31 ogos 2014 yang ke-57, slogan den tak taw laa...