Friday 20 January 2012

busy vs. malas


time is live ( ianya lagi bernilai dari Emas )


Assalamualaikum…. Kepada yang tgh tengok tv, yang tgh tidozzZ.. yang tgh  berfacebook drpd pagi hingga malam tu… buat lah perkara yang berfaedah skit.. tak bnyak sikit pun jadilah… dari pada kau ‘melanggok’ x tentu pasal,kata kau…. Bukan ape, supaya otak kite ni berkembang skit jgn asik dduk dalam termpurung je.. macam katak…

Itu mukadimah dari saya skit sbelum saya hendak menceritakan lebih panjang lagi… tak tawlah, kebelakangan ini saya asyik nak berceramah jee…kang kalau ceramah kat surau kang kene tangkaplah, kata x bertauliah (mmg x bertauliah pun, saje je…)

Jadi saya ceramahlah kt sini… okey tajuk kita har ini adalh BUSY VS. MALAS… persoalan samaada kite busy ataupun malas… okey saya bagi contoh kat sini. (‘Ali tolong pegi kedai jap… saya busy lah mak’).. atau  Siti tolong temankan saya… aku busy arr byk assignmnt ni… itu baru urusan dunia… cube urusan akhirat lak (‘Halim jom pergi solat… aku busy, byk keje ni, kau pg lah dulu’)… macam2 kerenah manusia untuk mengelak… cube kite tebalikan kepada yang positif (‘mak! Bile nk suruh Ali pegi kedai nie..Ali x sabar2’)… sebenar nye manusia malu untuk mengatakan diri nya MALAS…so, die bg lah seribu alasan.

Saya ingat kata2 ustaz saya sewaktu die berceramah… die kata ‘jangan kate kamu tak de masa, sedangkan kamu sempat berbual’, dan ‘jgn kamu kate x de masa sedangkn kamu sempat berfacebook’. Itu kata2 yg saya ingat sampai skrg…kenapa Facebook..??? sebenarnye facebook ni dh menjadi rutin harian pada zaman skrg… saya anggarkan 80% yg mempunyai account FB kat Malaysia dan mereka menghabiskan masa dengan mengadap FB dalam sehari, bukan x boleh FB, tapi berpada2 lah…

kalau macam tu, kerje yang kite lakukan seminggu, boleh siap sehari je… kalau pandai menjaga masa.

Okey saya berhenti di sini jelah , sebenarnye idea dah hilang… okey.. saya balik dulu… Peace.

Khatimah

“Demi Masa, Sesungguhnya manusia itu didalam kerugian kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran”
    Surah Al-Asr

Friday 6 January 2012

Bloggers 1st class


Salam.. !?

Firstly, Congratoo kepada kawan aku Xiaxue yang memenangi Blog Terbaik Asia Pasifik ( kira kawan laa tu sbb aku ngn die ade blog, automatic jadi kawan laa camtu laa cite die ). Tidak lupa juga, kepada Blogger beautifulnara dari Malaysia memenangi kategori blog hiburan terbaik.( tepuk laa sikit ) MALAYSIA BOLEH..!!!

 dalam gambar nie aku tak datang... sbb tu tak de... aku busy...haha

Bertempat di Grand Ballroom, Marriot Putrajaya, Seramai 500 blogger yang berdaftar dengan pengiklanan blog, Nuffnang dari China, Singapura, Filipina dan Malaysia berkumpul bagi Menghadiri majlis dwitahunan, Anugerah Blog Nuffnang peringkat Asia Pasifik.

kalau tak nampak, harap maaf... kesalahan teknikal....

Sebanyak 13 kategori disediakan dalam pertandingan tersebut dengan kategori utama blog terbaik rantau Asia Pasifik dimenangi oleh blog Xiaxue atau nama sebenarnya Wendy Cheng Yan Yan, 27, dan pengasas bersama Nuffnang, Timothy Tiah..

Itu cerita pasal dorang, now, aku lak punye cite… yang aku punya Nuffnang nie tang bile nak naik, asik 50 sen jee… Timothy Tiah bile nak naikkan aku punye Nuffnang, kate member..?? … one more thing, agak-agak bile aku boleh daftar untuk masuk pertandingan blogGER cmnie earkk… HARAPAN LAA… anyway congratulation to participant yang bertanding… peace..!!?

 Kata-kata semangat : USAHA TANGGA KEJAYAAN… hihi

Sunday 1 January 2012

NEw planning..!!??


Salam... :)

WelcometoNewYear and HappyNewYear to All People, itu sekadar ucapan kepada bejuta ribu orang yang menyambutnya..!!?? 

Hari ini telah masuk tahun 2012 Masihi, saya sebagai seorang muslim tidak melihat perana kita menyambutnya memandangkan itu bukanlah tahun kita sebenarnya. kita sekadar meraihkan kaum masihi, yang menyambutnya, dan post ini pun wujud sekadar meraikan mereka yang menganggap besar Awal Tahun ini.

Jadi, bermulalah kita dalam sistem putaran hari ini. 1 Januari. Permulaan baru. tidak perlu bercerita panjang, sekadar ingin bertanya satu soalan..

"Apakah yang ingin kita capai dalam kehidupan ini"..??

Saya kira, tahan 2012 ini akan menjadi lebih bermakna apabila kita mulakan dengan soalan sebegini.



(jika kita marah dlm 60 saat kita akan kehilangan kegembiraan dlm 1 minit)


Apabila kita tiada matlamat dalam kehidupan, umpama kita tiada jalan untuk bergerak, yang bergerak cuma umur kita sahaja yang semakin meningkat untuk tunggu mati. akal kita akan berfikir seperti tahun-tahun yang lalu.

Adakah dengan menyambut permulaan tahun baru dengan percikan bunga api dan konsert, rakyat akan menjadi aman..??? kita tidak perlu fokus jauh, cuma kita fokus kepada umat islam sahaja untuk permulaan tahun baru..!!!

keimanan dan ketakwaan sahajalah kunci kejayaan untuk kita mencapai matlamat tidak perlu tunggu tahun baru... ini semua trend masa kini, jika tahun baru, semua simpan azam, tetapi itu cuma omong kosong...

Maka, akan terjadilah perkara yang bersifat negetif, jika kita lihat pada sambutan tahun baru sebelum ini tidak ada bezanya,rakyat penuh dengan jenayah dan maksiat. saya akan kata mesti ramai pasangan yang buka muhram CHECK-IN hotel untuk menyambut tahun baru dan kesudahannya kita akan dapat lihat pada bulan 6,7 atau 8 nanti keputusannya, di berita dan surat khabar akan menceritakan segalanya kita tunggu sahaja,

Itu belum termasuk dengan rasuah ekonomi dan rusuhan politik, jika umur sahaja berjalan dan akal akan terhenti, kita akan dapat lihat bumi akan berputar seperti biasa, perkara-perkara negetif sebelum ini akan berjalan seperti biasa mengikut tahun. 

sama-sama muhasabah akan hal ini. bergerak membina azam dan cita-cita yang tinggi. Bukan sekadar Pangkat, Harta dan Dunia. Tetapi melangkaui Akhirat dan menembusi Syurga. 

Jangan fikir benda yang lalu dan benda yang belum tentu datangnya, kita akan sibukkan perkara untuk hari ini sahaja.

jika ada terkasar bahasa tersalah tulis harap maaf... saya budak baru belajar jika salah tolong tunjukkan... ( Peace...)

wasalam,
maasalama
wailalliqaii..