Sunday 1 January 2012

NEw planning..!!??


Salam... :)

WelcometoNewYear and HappyNewYear to All People, itu sekadar ucapan kepada bejuta ribu orang yang menyambutnya..!!?? 

Hari ini telah masuk tahun 2012 Masihi, saya sebagai seorang muslim tidak melihat perana kita menyambutnya memandangkan itu bukanlah tahun kita sebenarnya. kita sekadar meraihkan kaum masihi, yang menyambutnya, dan post ini pun wujud sekadar meraikan mereka yang menganggap besar Awal Tahun ini.

Jadi, bermulalah kita dalam sistem putaran hari ini. 1 Januari. Permulaan baru. tidak perlu bercerita panjang, sekadar ingin bertanya satu soalan..

"Apakah yang ingin kita capai dalam kehidupan ini"..??

Saya kira, tahan 2012 ini akan menjadi lebih bermakna apabila kita mulakan dengan soalan sebegini.



(jika kita marah dlm 60 saat kita akan kehilangan kegembiraan dlm 1 minit)


Apabila kita tiada matlamat dalam kehidupan, umpama kita tiada jalan untuk bergerak, yang bergerak cuma umur kita sahaja yang semakin meningkat untuk tunggu mati. akal kita akan berfikir seperti tahun-tahun yang lalu.

Adakah dengan menyambut permulaan tahun baru dengan percikan bunga api dan konsert, rakyat akan menjadi aman..??? kita tidak perlu fokus jauh, cuma kita fokus kepada umat islam sahaja untuk permulaan tahun baru..!!!

keimanan dan ketakwaan sahajalah kunci kejayaan untuk kita mencapai matlamat tidak perlu tunggu tahun baru... ini semua trend masa kini, jika tahun baru, semua simpan azam, tetapi itu cuma omong kosong...

Maka, akan terjadilah perkara yang bersifat negetif, jika kita lihat pada sambutan tahun baru sebelum ini tidak ada bezanya,rakyat penuh dengan jenayah dan maksiat. saya akan kata mesti ramai pasangan yang buka muhram CHECK-IN hotel untuk menyambut tahun baru dan kesudahannya kita akan dapat lihat pada bulan 6,7 atau 8 nanti keputusannya, di berita dan surat khabar akan menceritakan segalanya kita tunggu sahaja,

Itu belum termasuk dengan rasuah ekonomi dan rusuhan politik, jika umur sahaja berjalan dan akal akan terhenti, kita akan dapat lihat bumi akan berputar seperti biasa, perkara-perkara negetif sebelum ini akan berjalan seperti biasa mengikut tahun. 

sama-sama muhasabah akan hal ini. bergerak membina azam dan cita-cita yang tinggi. Bukan sekadar Pangkat, Harta dan Dunia. Tetapi melangkaui Akhirat dan menembusi Syurga. 

Jangan fikir benda yang lalu dan benda yang belum tentu datangnya, kita akan sibukkan perkara untuk hari ini sahaja.

jika ada terkasar bahasa tersalah tulis harap maaf... saya budak baru belajar jika salah tolong tunjukkan... ( Peace...)

wasalam,
maasalama
wailalliqaii..


2 comments:

  1. Aku suke ayat ni "jika kita marah dlm 60 saat kita akan kehilangan kegembiraan dlm 1 minit" tapi aku tgok kau selalu wat aku marah cane tu? kire bejam2 aku kehilangan kgembiraan ek? sodeh ar ko ni..

    ReplyDelete
  2. ayat nie mase aku kat klinik gigi aritu... die tampal kt dinding... pastu aku bace laa..die tulis inggeris.. aku translate kan...

    ReplyDelete