Tuesday 23 August 2011

Raya dan Merdeka...!!??

Selamat Berpuasa, SAHABAT...!
Hari raya membawa erti yang besar bagi masyarakat Islam di negara kita. kunjung-mengunjung tetap menjadi keutamaan. Istimewanya, pada tahun ini, sehari selepas raya negara kita menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54.



       Nikmat kegembiraan dan keamanaan yang Allah s.w.t berikan kepada kita memang patut di syukuri. Apakah perancangan.Apakah perancangan dan pengisian bagi menmanfaatkan kedua-dua peranyaan ini.?
             Apa-apa yang diraikan, biarlah dimualakan dengan niat yang betul. Misalnya, niat keluar untuk solat sunat Hari Raya Aidilfitri untuk mengikuti sunnah Nabi s.a.w. Ahli keluarga berpakaian baru untuk mempamerkan nikmat-Nya dan melahirkan dan melahirkan kegembiraan, bukan dengan  tujuan menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

Sahabatku yang dimuliakan,
           Jika hendak memulakan perjalanan jauh ke kampung, pastikan kenderaan yang baik. Sebelum bertolak, sunat melaungkan Azan. Namun perkara sebegini jarang dilakukan kerana di anggap pelik. Oleh sebab itu, kita lihat pada musim perayaan jumlah kemalangan semakin meningkat. Semoga dengan Azan ini, di samping sikap berhati-hati, kuranglah kemalangan dan keselamatan di jaga oleh Allah s.w.t.
               Bawa anak-anak sama ada kecil atau besar menziarahi dan mengenali saudara-mara dan jiran-jiran. Pada zaman dulu, dalam sehari dua kita boleh selesai menziarahi saudara-mara disebabkan jarak rumah yang dekat.
           Kini keadaan berbeza. kebanyakan saudara tinggal berjauhan. Maka perlu merancangan masa perjalanan dan perbelanjaan. Jika tidak, perbelanjaan raya akan melebihi bajet. Jika bertamu, jangan bertandang ke rumah orang semata-mata hendak dilayan seperti 'Raja'. Hulurkan salam dan saling mengenal hubungan mereka dengan ibubapa kita.

Bahagikan Orang Lian.
             Ziarah keluarga yang kurang bernasib baik. Bahagiakan mereka dengan kata-kata yang  baik, beri sedekah atau bantuan sama ada  berbentuk wang ringgit. Besar Pahalanya jika kita dapat membahagiakan orang lain. Pasti terasa satu kepuasan terhadap diri kita.
              Kemudian, raikan tatamu yang datang dengan hati terbuka. Janganlah kerana sibuk menonton filem, kita hilang tumpuan terhadap mereka. Tetamu sebernarnya boleh tahu jika dirinya dilayan acuh tak acuh melalui riak muka tuan rumah.

Jauhhi Berbuat Maksiat.
Hari Raya bukan bermakna hari yang bebas untuk  melakukan aktiviti yang sia-sia. Misalnya menyambut raya dengan menghabiskan masa menonton wayang. Jika pada bulan Ramadan Solat di jaga dengan rapi, namun mengapa ketika hari raya, solat hanya dilakukan mengikut keadaan. Hari Raya dan Hari Kemerdekaan bukan hari yang bebas maksiat. Ingatlah kita hamba Allah s.w.t. Jaga pergaulan, maruah diri dan maruah ibubapa yang kita sayangi. Hayati makna Kemerdekaan yang sebenar sebagaiman kata-kata Rub'i bin Amir ketika bertemu panglima tentera rom yang bernama Rustam :

"Allah mengutus kami (orang islam), untuk kami memerdekakan manusia dari pada kami mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikandiri kepada Allah, daripada kezaliman kepada keadilan Islam daripada kesempitan dunia kepda keluasan dunia dan akhirat".

Semoga Sahabat dapat menjaga adab-adab dan sunnah Rasulullah s.a.w. setiap masa...


P/S : yang penting, aku dah beli Hphone baru.... hp pun nk MERDEKA gak..!!??

-SAHABAT-

Tuesday 16 August 2011

tarawikh oh! tarawikh


EDISI : PUASA..!!??
    Assalamualaikum peace! amacam puasa? ok? amacam lak ngn teraweh? jgn laa tak pegi yer adik2 kakak2,abg2..tak malu ker ngn makcik y umor separuh abad tu? ngn pakcik y berjalan pun tak selaju kau? hish! y sebulan sekali pun susah nk buat..aku bgga ngn makcik2  ni..malam berjalan kaki p terawehh mengejar pahala untuk dibawa kesana..kita lak? bila? nk tggu tua?assalamualaikum! mati ni tak kepada  y tua saje! mati tu bila2.sebab ia tak bertarikh.

manusia ni pelik.bila ditegur dikata busybody..tu lah sifat manusia...hidup ni bukan hidup keseorangan,hidup nie beramai2,jangan nk ikot kepala kita jer..kena hormat jugak pandangan org laen..ya betul kita harus menghormati org y lebih tua dari kita..tp harus diingatkan..y tua tak semestinya semuaa y dia cakap tu betul!  dan y muda tak semestinya tak betul..y tua jugak tak semestinya berilmu..manakala y muda tak semestinya tak berilmu.please respect others opinions as well as u're not the only one who can come up with great opinions.

hormati org tua tu memang betul.tapi harus diingat y tua juga harus hargai ape y kaum muda utarakan..jangan lah terlalu bongkak sampai taknak terima pandangan org laen..janganlah terlalu mendongak kelangit ngan apa y kita ada..nk bangga ape? bangga sebab lebih tua? bangga sebab lebih pandai? pandai kalu tak guna akal tu bukan pandai namanya.kaya kalau tak menderma tu bukan kaya namanya.

cubala berfikir secara matang.janganlah berfikir macam budak umor 2 tahun.gunakanlah ape y kita tau tu bukan pendam.ape gunanya ilmu kalau tak diguna? aku  petik pepatah arab."al ilmu bila amalin ka-syajarin bila samarin" ilmu tanpa amal,seperti pokok tanpa buah..aku tau umur seseorang tak menentukan sejauh mana kematangan seseorang...dan bila ada y menegur,,tu tandanya kita disayangi.bukan bila ditegur kita wat donno jer.peace!
by : kau ade...

Sunday 14 August 2011

hari tangan kidal sedunia.


Di kalangan ahli keluarga saya, telah dikenalpasti terdapat saya seorang sahaja yang kidal. Pada 13 Ogos setiap tahun Hari Tangan Kidal disambut oleh seluruh masyarakat kidal di seluruh dunia. Aku mendapat tahu maklumat mengenai sambutannya melalui Buletin Utama TV3 sebentar tadi.

Bersempena sambutan ini aku memaparkan di sini beberapa info berkaitan si tangan kidal untuk dikongsikan bersama. Maklumat ini aku perolehi melaui pencarian yang turut aku nyatakan sumbernya.



International Lefthanders Day (Hari Kidal Sedunia) telah diperkenalkan oleh Lefthanders International sejak 13 Ogos 1976. Ia diadakan bertujuan menunjukkan kepekaan terhadap kesukaran yang dihadapi oleh si tangan kidal di dunia yang didominasikan oleh si kanan kanan. Si tangan kidal dianggarkan berjumlah 10 peratus daripada keseluruhan populasi di dunia yang berjumlah 6.7 billion. (Rujuk: Wikipedia)
Info : Kelebihan Si Kidal

Hubungan kidal dengan otak Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri. Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains. Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.

 

Hubungan kidal dengan otak 

Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri.

Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains.

Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.

Fakta menarik 

Individu kidal cenderung merasa cemas ataupun malu dengan apa yang ingin dilakukan atau dikatakan. Kajian dari Abertay University Skotlandia menemukan bahwa orang kidal cenderung lebih setuju dengan pernyataan seperti : “Saya khautir membuat kesalahan.” Mereka yang kidal juga sepakat dengan penyataan : “Kritik atau omelan membuat saya sedikit sakit hati.”. Dr Lynn Wright, yang menjalan kajian tersebut di Dundee, Skotlandia, percaya fenomena ini disebabkan adanya perbezaan bahagian otak antara orang kidal dan orang tangan kanan.

“Orang kidal cenderung lebih bimbang, sedangkan mereka yang memakai tangan kanan cenderung sedikit bergerak cepat. Pada orang kidal, bagian otak kanannya lebih dominan, dan inilah bagian yang sepertinya mengendalikan aspek negatif dari emosi. Mereka yang lebih banyak memakai tangan kanan, bagian otak kirinya lebih dominan,” jelas Lynn

TOKOH-TOKOH KIDAL 

1. Presiden Amerika Syarikat 

a. James A. Garfield (1831-1881) 20th
b. Herbert Hoover (1874-1964) 31st
c. Harry S. Truman (1884-1972) 33rd
d. Gerald Ford (1913- ) 38th
e. Ronald Reagan (1911 – ) 40th
f. George H.W. Bush (1924- ) 41st

g. Bill Clinton (1946- ) 42nd 


h. Barrack Obama 44th ( Mccain juga seorang kidal ) 


2. Tokoh ternama 

a. Aristotle (Ahli falsafah) 
b. Mahatma Gandhi (tokoh keamanan), 
c. Isaac Newton (saintis) 
d. Henry Ford Jr., (automobil) 

e. Albert Einstein (saintis) 


f. Leornado Da Vinci (Pelukis Potret Monalisa)


g. Napoleon Bonaparte,


h. Julius Caesar,


3. Pemuzik

a. Kurt Kobain (Pemuzik - Nirvana)


b. Beethoven,

(Kenapa dalam gambar ni, dia pegang pensil dgn tangan kanan?)

Individu Lain:
Bill Gates, Alexander the Great, Michelangelo Buonaroti, Oprah Winfrey, Amitabh Bachchan, Tom Cruise, Charlie Chaplin, Nicole Kidman, Marilyn Monroe, Angelina Jolie, Keanu Reeves, Sylvester Stallone, Pelé -Edson Arantes do Nascimento (Bolasepak), Diego Armando Maradona (Bolasepak), Mark Twain (Penulis).

Orang kidal pintar? 

Memang ramai individu kidal yang tersohor tetapi kepintaran mereka bukan kerana kidal tetapi kerana mereka menggunakan 80%-90% otak. Mengikut pendapat aku, individu kidal bukan sahaja menggunakan otak kanan secara maksima,tetapi juga menggunakan otak kiri lebih banyak dari orang biasa yang menggunakan otak kanannya. Orang kidal menggunakan lebih banyak bahagian otak kerana secara ringkasnya mereka juga melakukan beberapa kerja menggunakan tangan kanan selain menggunakan tangan kiri mereka dan secara automatik mereka menggunakan kedua-dua belah bahagian otak lebih dari orang kebiasaan.

Sumber: A Moment to Remember



p/s : kepada yang rasa diri dia kidal...!!!

dimana lebih mendapat maanfaat.

السلام عليكم  ( Assalamualaikum... )


kepada yang berpuasa sahaja.. : )
selamat menyambut bulan ramadan kepada umat islam di seluruh dunia... walaupun bulan puasa sudah memcecah setengah bulan kita berpuasa.... dia sini, bukan saya nak bercerita tentang hukum puasa dan sebagainya, tetapi saya ingin bercerita mengenai berbuka puasa...


masa ni belum berpuasa lagi ...!!??


setelah kita berpuasa pada siang hari dengan menahan diri dari makan, minum dan pekara yang membatalkan, saat-saat yang ditunggu adalah berbuka... adakah anda rasa berbuka di luar lagi mendapat nikmat berbuka atau berbuka dirumah lagi menyeronokan...!!??


adakah berbuka ini untuk melepaskan nafsu makan setelah sehari kita menahan lapar, atau berbuka ini sebagai satu kemenangan setelah kita seharian menahan lapar, atau sebagai satu cara masyarakat kita berbuka dengan mengadakan pelbagai jenis lauk, kuih, air dan makanan yang tidak pernah terhidang sebelum ini muncul, kerana untuk berbuka...

perniaga atau kedai-kedai makan juga, salah satu punca kita menjadi seorang yang membazir dari segi duit, masa dan sebagainya... tetapi kita tidak boleh salahkan orang lain kerana kelalaian kita... kerana mereka cuma untuk mencari rezeki pada bulan ramadan...

setiap manusia mempunyai selera berlainan tetapi kita perlu bijak untuk mengawalnya untuk kebaikan kita,,, supaya tidak menyesal pada masa hadapan....


sape yang makan cili dia yang rasa pedasnya...

-Dan daripada Abu Hurairah ra juga katanya, Rasulullah saw bersabda "makanan untuk dua orang mencukupi untuk tiga orang dan makanan untuk tiga orang mencukupi untuk empat orang." (AlBukhori dan Muslim)


p/s : pada awal puasa lagi saya tak pernah makan luar...  
        (sedih).... takde sapa nk belanja..Haha3..!! ( banyak 
        cantik)...



Tuesday 9 August 2011

Selamat menjamu Selera...



Salam, kepada pemakan2 sedunia, atau yang suka memasak atau senang cite hobi die suka makan... kat sini ade masakan yang memang tip-top...


sape yg nk makan free... klik jee kt gambar nie... nanti die post kan kt umah... ceehh... mne de...!!??




Sedapnnnnyaaa.... nie seafood.... nampak macam tak masak kan... tapi kalau dah masuk mulut... memang terangkat..!!?? umah terbakar pun tak sedar...



Jaga2... panas, nanti melecur, tak dapat makan... bukan main mercun jee boleh melecur makan nie pun boleh melecur kalau tak reti makan...!!?? So... berhati-hati ketika makan... 




tengok pun dah selera... ape entah lagi makan.... memang terbaik dari ladang...!!??


p/s : Jangan sampai terliuQq lak.... dan jangan membazir jika membeli di BAZAAR    
         RAMADAN....  berpada-padalah jika membeli...  selamat Berbuka.. : ).     
         "sogo ada SALE"...

Monday 8 August 2011

Tanda-Tanda Kematian Untuk Orang Islam


السلام عليكم

Tanda-Tanda Kematian Untuk Orang Islam


Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk engkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
PENUTUP
 Marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
WALLAHUA`LAM

Saturday 6 August 2011

Hebatnya KURMA...

Daun pokok kurma tidak pernah gugur kerana yang gugur ialah pelepahnya. Imam Al- Nawawi ketika mensyarahkan hadis menerangkan bahawa perumpamaan pokok kurma dengan seorang muslim (dalam riwayat Al-Bukhari dan Al-Tarmizi) ialah isyarat yang menunjukan banyaknya faedah pokok kurma.


         Rasanya yang enak, ketahanannya walaupun telah kering tetapi masih boleh di makan, batang pelepah dan daunnya boleh dimanfaatkan sebagai tiang, kayu api, tali dan sebagainya.
Kurma sangat kaya dengan zat yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Baginda bersabda.


"Wahai Aishah mana-mana rumah yang tiada kurma, maka penghuninya akan lapar." 

Kurma juga makanan paling ideal untuk manusia kerana ia mengandungi kadar gula yang tinggi   dalam bentuk Glukosa dan Fruktosa, di samping protein, lemak, vitamin A, B2 dan C serta beberapa mineral penting yang lain iaitu kalsium, potassium, fosforus, magnesium, sodium (natrium) dan florin.

Sunnah Berbuka dengan Kurma.
              Pada bulan ramadan, Rasulullah s.a.w. menyarankan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sabda baginda bermaksud : "Apabila seseorang daripada kamu berbuka puasa, maka berbukalah dengan buah kurma. Sekiranya tiada kurma, maka minumlah air kerana ia adalah suci." (riwayat al-tarmizi). 

Masyarakat MALAYSIA kebanyakannya sekarang membeli dan memakan kurma hanya pada bulan RAMADAN sedangkan Rasulullah s.a.w menyimpan stok kurma sepanjang tahun di rumah. Marilah kita mengamalkan cara pemakanan Rasulullah s.a.w. sebagai menghayatan kepada sunnah baginda dan juga bagi mendapatkan manfaat kesihatan.

Wednesday 3 August 2011

Tip Khatam Al-Quran Sebulan Ramadan...

Tarikh (Ramadan)

Nama Surah
1
*Surah Al-fatihah 1-7,     * Surah Al-Baqarah 1-141
2
*Surah Al-Baqarah 142-252.
3
*Surah Al-Baqarah 253-286,   *Surah Ali Imran 1-23
4
*Surah Ali Imran 93-200,     *Surah Al-Nisa 1-23
5
*Surah Al-Nisa 24-147
6
*Surah Al-Nisa 148-176,     *Surah Al-Maidah 1-81
7
*Surah Al-maidah 82-120,  *Surah Al-An‘am 1-110
8
*Surah Al-An‘am 111-165,  *Surah Al- Araf 1-87
9
*Surah Al- Araf  88-206,      *Surah Al- Anfal 1-40
10
*Surah Al-Anfal 41-75,         *Surah Al-Taubah 1-92
11
*Surah Al-Taubah 93-129,  *Surah Yunus 1-109
12
*Surah Hud 1-123,                *Surah Yusuf 1-50
13
*Surah Yusuf 51-111, *Surah Al-Raad 1-74,                 *Surah Ibrahim 1-52
14
*Surah Al-Hijr 1-99,    *Surah Al-Nahl 1-128
15
*Surah Al-Isra 1-111, *Surah Al-Kahfi 1-74
16
*Surah Al-Kahfi 75-110,  *Surah Maryam 1-98,           *Surah Taha 1-135
17
*Surah Al-Anbiya 1-112,    *Surah Al-Hajj 1-78
18
*Surah Al-Muminun 1-118, *Surah Al-Nur 1-64,          *Surah Al-Furqan 1-20
19
*Surah Al- Araf 21-77,            *Surah Al-Syu‘ara’ 1-227,  *Surah Al-Naml 1-52
20
*Surah Al-Naml 53-93,           *Surah Al-Qasas 1-88,        *Surah Al-Ankabut 1-45
21
*Surah Al- Ankabut 46-69,  *Surah Al-Rum 1-60,         *Surah Luqman 1-34,               *Surah Al-Sajdah 1-30,                  *Surah Al-Ahzab 1-30.
22
*Surah Al-Ahzab 31-73, *Surah Saba’ 1-54,                *Surah Fatir 1-45, *Surah Yasin 1-27
23
*Surah Yasin 28-83, *Surah Al-Saffat 1-182                *Surah Sad 1-88, *Surah Zumar 1-31
24
*Surah Zumar 32-75,               *Surah Ghafir 1-85,          *Surah Fussilat 1-54
25
*Surah Al-Syura 1-53,                     *Surah Al- Zukhruf 1-89,                      
*Surah Dukhan1-59,                        *Surah Al-Jathiyat 137
26
*Surah Al-Ahqaf 1-35,     *Surah Muhammad 138,       *Surah Al-Fath 1-29, *Surah Al-Hujurat 1-18,              *Surah Qaf 1-45,       *Surah Al-Dhariyat 1-24
27
*Surah Al-Dhariyat 25-60, *Surah Al-Tur 1-49,           *Surah Al-Najm 1-62,  *Surah Qamar 1-55,                                  *Surah Al-Rahman 1-78,                                                         *Surah Al-Waqiah 1-96,    *Surah Al-Hadid 1-29

28
*Surah Al-Mujadalah 1-22, *Surah Al-Hashr 1-24,       *Surah Mumtahanah 1-13,             *Surah Al-Saff 1-14, *Surah Al-Jumu’ah 1-11, *Surah Al-Munafiqun 1-11,            *Surah Al-Taghabun 1-18,      *Surah Al-Talaq 1-12,       *Surah Al-Tahrim 1-12.

29
*Surah Al-Mulk 1-30,          *Surah Al-Qalam 1-52,         *Surah Al-Haqqah 1-5, *Surah Al-Ma‘arij 1-44,                  *Surah Nuh 1-28, *Surah Al-Jin 1-28,                               *Surah Al-Muzzamil 1-20,     *Surah Al-Muddaththir 1-56,   *Surah Al-Qiyamah 1-40,      *Surah Al-Insan 1-31,          *Surah Al-Mursalat 1-50.
30
*Juzuk Amma (Surah Al-Naba’ – Surah Al-Nas).



      RUMUS
30 juzuk = 30 hari
1 juzuk   = 1 hari
Baca 4 Halaman setiap hari
Kita boleh Khatam Sekali dalam Ramadan.