Tuesday 23 August 2011

Raya dan Merdeka...!!??

Selamat Berpuasa, SAHABAT...!
Hari raya membawa erti yang besar bagi masyarakat Islam di negara kita. kunjung-mengunjung tetap menjadi keutamaan. Istimewanya, pada tahun ini, sehari selepas raya negara kita menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54.



       Nikmat kegembiraan dan keamanaan yang Allah s.w.t berikan kepada kita memang patut di syukuri. Apakah perancangan.Apakah perancangan dan pengisian bagi menmanfaatkan kedua-dua peranyaan ini.?
             Apa-apa yang diraikan, biarlah dimualakan dengan niat yang betul. Misalnya, niat keluar untuk solat sunat Hari Raya Aidilfitri untuk mengikuti sunnah Nabi s.a.w. Ahli keluarga berpakaian baru untuk mempamerkan nikmat-Nya dan melahirkan dan melahirkan kegembiraan, bukan dengan  tujuan menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

Sahabatku yang dimuliakan,
           Jika hendak memulakan perjalanan jauh ke kampung, pastikan kenderaan yang baik. Sebelum bertolak, sunat melaungkan Azan. Namun perkara sebegini jarang dilakukan kerana di anggap pelik. Oleh sebab itu, kita lihat pada musim perayaan jumlah kemalangan semakin meningkat. Semoga dengan Azan ini, di samping sikap berhati-hati, kuranglah kemalangan dan keselamatan di jaga oleh Allah s.w.t.
               Bawa anak-anak sama ada kecil atau besar menziarahi dan mengenali saudara-mara dan jiran-jiran. Pada zaman dulu, dalam sehari dua kita boleh selesai menziarahi saudara-mara disebabkan jarak rumah yang dekat.
           Kini keadaan berbeza. kebanyakan saudara tinggal berjauhan. Maka perlu merancangan masa perjalanan dan perbelanjaan. Jika tidak, perbelanjaan raya akan melebihi bajet. Jika bertamu, jangan bertandang ke rumah orang semata-mata hendak dilayan seperti 'Raja'. Hulurkan salam dan saling mengenal hubungan mereka dengan ibubapa kita.

Bahagikan Orang Lian.
             Ziarah keluarga yang kurang bernasib baik. Bahagiakan mereka dengan kata-kata yang  baik, beri sedekah atau bantuan sama ada  berbentuk wang ringgit. Besar Pahalanya jika kita dapat membahagiakan orang lain. Pasti terasa satu kepuasan terhadap diri kita.
              Kemudian, raikan tatamu yang datang dengan hati terbuka. Janganlah kerana sibuk menonton filem, kita hilang tumpuan terhadap mereka. Tetamu sebernarnya boleh tahu jika dirinya dilayan acuh tak acuh melalui riak muka tuan rumah.

Jauhhi Berbuat Maksiat.
Hari Raya bukan bermakna hari yang bebas untuk  melakukan aktiviti yang sia-sia. Misalnya menyambut raya dengan menghabiskan masa menonton wayang. Jika pada bulan Ramadan Solat di jaga dengan rapi, namun mengapa ketika hari raya, solat hanya dilakukan mengikut keadaan. Hari Raya dan Hari Kemerdekaan bukan hari yang bebas maksiat. Ingatlah kita hamba Allah s.w.t. Jaga pergaulan, maruah diri dan maruah ibubapa yang kita sayangi. Hayati makna Kemerdekaan yang sebenar sebagaiman kata-kata Rub'i bin Amir ketika bertemu panglima tentera rom yang bernama Rustam :

"Allah mengutus kami (orang islam), untuk kami memerdekakan manusia dari pada kami mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikandiri kepada Allah, daripada kezaliman kepada keadilan Islam daripada kesempitan dunia kepda keluasan dunia dan akhirat".

Semoga Sahabat dapat menjaga adab-adab dan sunnah Rasulullah s.a.w. setiap masa...


P/S : yang penting, aku dah beli Hphone baru.... hp pun nk MERDEKA gak..!!??

-SAHABAT-

No comments:

Post a Comment