Saturday 6 August 2011

Hebatnya KURMA...

Daun pokok kurma tidak pernah gugur kerana yang gugur ialah pelepahnya. Imam Al- Nawawi ketika mensyarahkan hadis menerangkan bahawa perumpamaan pokok kurma dengan seorang muslim (dalam riwayat Al-Bukhari dan Al-Tarmizi) ialah isyarat yang menunjukan banyaknya faedah pokok kurma.


         Rasanya yang enak, ketahanannya walaupun telah kering tetapi masih boleh di makan, batang pelepah dan daunnya boleh dimanfaatkan sebagai tiang, kayu api, tali dan sebagainya.
Kurma sangat kaya dengan zat yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Baginda bersabda.


"Wahai Aishah mana-mana rumah yang tiada kurma, maka penghuninya akan lapar." 

Kurma juga makanan paling ideal untuk manusia kerana ia mengandungi kadar gula yang tinggi   dalam bentuk Glukosa dan Fruktosa, di samping protein, lemak, vitamin A, B2 dan C serta beberapa mineral penting yang lain iaitu kalsium, potassium, fosforus, magnesium, sodium (natrium) dan florin.

Sunnah Berbuka dengan Kurma.
              Pada bulan ramadan, Rasulullah s.a.w. menyarankan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sabda baginda bermaksud : "Apabila seseorang daripada kamu berbuka puasa, maka berbukalah dengan buah kurma. Sekiranya tiada kurma, maka minumlah air kerana ia adalah suci." (riwayat al-tarmizi). 

Masyarakat MALAYSIA kebanyakannya sekarang membeli dan memakan kurma hanya pada bulan RAMADAN sedangkan Rasulullah s.a.w menyimpan stok kurma sepanjang tahun di rumah. Marilah kita mengamalkan cara pemakanan Rasulullah s.a.w. sebagai menghayatan kepada sunnah baginda dan juga bagi mendapatkan manfaat kesihatan.

No comments:

Post a Comment