Thursday 29 November 2012

Onn target..!!

salam,
bismillahirahmanirahim.. :)

Mula dengan langkah kanan untuk mencari rezeki di bumi ALLAH yang luas ini dan di sertakan dengan niat yang suci lagi ikhlas,..Semoga apa yang kita perolehi mendapat berkat di sisi-Nya. Ingatlah.! dunia ini hanyalah tmpat persinggahan untuk kita dan apa yang kita lakukan di dunia ini akan di tanye akhirat kelak.

okey, rezeki oh rezeki datang lah kepadaku... #$@%$#*&

bukan itu cara nye untuk mendapat rezeki, kita perlu usaha untuk mencarinya dan rezeki itu akan di perolehi dengan tahap usaha kita, TARGET aku adalah untuk mendapatkan phone SAMSUNG GALAXY NOTE II,( ceehh, taknak kalah ) dan insyaalah aku akan bayar (Lump Sum)  for motorcycle THE POWER..!!. Dengan bekerja sbg Part Time, adakah aku mampu mencapai target itu.???

( IF U THINK POSITIVE, YOU WILL GET WHAT DO U WANT..!!!)

itu kata org putih, tetapi cara Islam, mencarilah yang HALAL, SUCI lagi BERSIH, barulah rezeki yang kita  terima berasa selesa serta cukup. Perlulah aku berkerja keras untuk mencapai target ku ( baru keje dua hari dah tak dtg, puihh). dalam bahasakasar aku kene keje mcm bangela. Dengan tubuh ku yang sihat buat masa sekarang nie haruslah aku mencari rezeki, kerana dengan bekerja kita akn kurang berasa sakit berbanding orang yang duduk dirumah akan berasa STRESSSZZ... Malah, dari situlah akan terjadi perkara yang tidak dingini ( klw tak keje sibukkan diri anda pada hari itu).

mana mungkin kite akan mendapat rezeki sedangkan kita masih lagi terlentang di katil, mana mungkin kita akan dapat rezeki klw kite asik berangan 24 jam (" Ibnu Umar ra berkata, jika kamu berada diwaktu petang janganlah kamu tangguh kewaktu pagi dan jika kamu berada diwaktu pagi janganlah kamu tangguh kewaktu petang. Rebutlah kesempatan sewaktu kamu berada didalam keadaan sihat sebagai persediaan diwaktu engkau sakit dan ketika engkau masih hidup sebagai bekalan ketika engkau mati.") (AlBukhori)

Dalam kesibukan kita mencari rezeki, jgn kita lupa pada yang Esa, kerana dia yang memberi kita rezeki, malah die yang memberi kite segala2nye. ( hasbunallah ha wani'mal wakil ), apabila kamu sudah memperolehi rezeki jgnlah kamu lupa pada orang yang di bawah atau pada orang yang dalam kesusahan. (-Firman Allah Taala "Kamu tidak sekali-kali akan mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu beri makan sebahagian dari apa yang kamu sayangi, dan sesuatu apa yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahui.") (AliImran:92). 

"kita merancang dan ALLAH juga merancang,tetapi perancangan ALLAH lebih sempurna".

Mencarilah Rezeki  Kerana ALLAH

Saturday 24 November 2012

berakhirlaH sudah ..??

Bismillahirahmanirahim...

tarik nafassszzz... hembusssxx.. okey start.!

pagi yang menyegarkan mata ku, di kedai mamak bersama pekeje mamak yang hard working dan remaja2 yang lepak sampai 2 3 pagi, entah bila dorang nak balik aku pun tak tahu ( aku pun sama cakap lebih ), aku rase dorang nie cube nak cari character, tp salah tempat.. ade ke kedai mamak yang die cari... pakai smart2 lepak kedai mamak pagi2 ape kehaer nye yoop... sebenarnye bukan nie yang aku nak cite...! 

tapi,

sebenarnye aku telah pun menjawab paper yang terakhir, bermaknye aku telah pun mnamatkan pengajian selama 3 tahun ( lamenye macam 13 tahun) bersama sahabat2 perjuangan yang membantu ku dan ade juga mengacaw... excited lebih lak... lepas nie takde la cite, (wei exam masuk ape.??) itu soalan biase kalau nak dekat exam nie... takde sibuk nak buka buku baca sampai tangah pagi.. satu ape tak masuk.. xde nak mengelabah nak jawab exam...sbb semua tu telah pun berlalu... itu adat orang continue de study... pekara biasa...

Cite pasal exam dah abis skrang cite pasal kerjaya, member tanye ( wei ko ape ce..? skrang buat ape..??) nie soalan paling bahaya aku nak jawab... soalan ni aku rase lagi susah nak jawab drpd exam yg aku jawab. ia menentukan masa depan kite... ape yang kite cakap adalah satu doa...so, mulai skrang harus kite bercakap dengan berfikir, takut2 ape yang kite cakap itu termakbul... amin

suka, duka sepanjang perkenalan, biase la, kalw x de bertekak, bergaduh, bertumbuk itu bukan berkenalan namenye... semua orang penah merasainye semua orang pernah mengalamainye, cume keadaan berbeza2. ("Jgn kite membenci sesuatu perkara mungkin baik untuknye, dan jgn pula menyukainye mungkin buruk padanye"). Sahabat, saya mintak maaf jika ade terguris di hujung rambut hingga kaki sepanjang perkenalan kita, yang gurisan itu susah nak dihilang dengan memaaf. mnusia tidak pernah lupe untuk membuat silap. Maka, sbb itulah Allah temukan saya dengan sahabat supaya kita dapat menggunakan konsep amal makruf nahi mungkar.

"yang baik itu datang nye dari Allah dan yang buruk itupun datangnye dari Allah tetapi dengan kesilapan kite sendiri"

mulai sekarang dan saat ini, perjalanlah dengan kaki sendiri, kerana sahabat anda tidak dapat menolong anda   sebagai mane mereka bersama anda sebelum ini kerana,mereka juga ada haluan sendiri, kalau ade rezeki kite jumpa lagi..?? boboiee..

satu sahaja perkara yang saya nak kongsi dengan anda, jangan mudah putus asa kerana KEJAYAAN AKAN DATANG SILEH BERGANTI... PEACE YOO..


JGN TINGGAL SOLAT..

Wednesday 14 November 2012

orang berjaya


salam,


Syarat untuk menjadi orang yang berjaya dalam hidup ialah , dengan khusuk dalam solat .

Untuk khusyuk dalam solat , ia memerlukan satu jangka masa yang panjang . 

Maka tidak hairanlah , perjuangan untuk menjadi orang yang berjaya adalah perjuangan sepanjang hidup , kerana sepanjang hidup jugalah kita perlu untuk khusyuk dalam solat .

Azan . Kalimah " Marilah menuju kejayaan " akan diungkapkan selepas kalimah " Marilah mendirikan solat " . Maka tidak hairanlah , untuk seseorang mencapai status "Orang berjaya" , dia perlu mendirikan solat .

“ Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang 
khusyuk dalam sembahyangnya ”
( Surah Al-Mukminun ; 1-2 )

-----------------

Jika ingin membaiki dunia , kita perlu baiki manusia . 
Dan untuk baiki manusia kita perlu baiki hatinya .
Untuk baiki hati , kita perlu bermula dengan memperbaiki solat.

Thursday 8 November 2012

Hujan . Kita Marah . Panas . Kita Bising .


Penyusunan Allah sangat terbaik
Ya , penyusunan Allah sangat terbaik buat hambaNya. Namun kadang-kala kita menyalahkan Allah sedangkan, setiap penyusunannya sangat terbaik untuk kita
Hujan . Kita marah . Panas . Kita bising
Itu dan itulah berulang kali setiap masa , setiap masa .
Satu kisah yang saya ingin kongsikan pada kali ini ialah kisah seorang ulamak pada masa dahulu. Punyai hikmah yang tersendiri di samping kezuhudannya yang tersendiri .

Pada satu hari , beliau telah didatangi oleh Perdana Menteri Ali Pasha.
"Wahai ulamak , sesungguhnya sebentar sahaja lagi aku akan menghadap raja , maka , jika engkau punyai apa-apa permintaan atau hajat yang ingin aku sampaikan kepadanya , khabarkan sahaja padaku . Akan aku sampaikan kepadanya ", kata perdana menteri Ali Pasha.

Dengan tenang sambil tersenyum , ulamak tersebut menjawab pertanyaan Ali Pasha , "Wahai Ali Pasha , jika engkau punyai hajat atau apa-apa permintaan , khabarkan sahaja kepada aku , pasti akan aku sampaikan kepada pemilikku . Pasti akan diberi kemudahan dan dimakbulkan apa yang engkau hajati "
Mendengar kata-kata ulamak tersebut menyebabkan perdana meneri Ali Pasha sangat tersentuh . Sedang ulamak tersebut lebih mengharapkan kepada Allah , tapi dirinya lebih mengharapkan manusia yang sama taraf dengannya . 

Ya , kadangkala , kita terlupa yang kita punyai Allah yang lebih berkuasa dari manusia . Kadangkala kita terlupa yang kita punyai Allah yang sentiasa menemani kita dalam setiap perkara .
Hari ini ramai orang yang berusaha , tapi tidak meletakkan Allah sebagai matlamat utama , maka jika apa yang diusahakannya tidak menjadi , mulalah menyalahkan takdir . Menyalahkan itu menyalahkan ini . Berbeza dengan mereka yang berusaha dan meletakkan Allah sebagai tujuan utama . Bila tidak menjadi , konsep dan redha itu menjadi teras.
Teringat saya pada doa para alam ulamak terdahulu .
"Wahai Allah , gantilah hati aku ini dengan hati yang baru . Hati yang mana lebih dekat denganMu , lebih dekat untuk mencintai RasulMu "
Mari perbaiki hubungan kita dengan Tuhan kita . Dia tahu mana yang terbaik untuk kita . Dia tahu mana yang diperlukan kita dan mana yang tidak diperlukan oleh kita . Moga-moga dengan membaiki hubungan dengan Dia , menjadi asbab untuk kita sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri untuk mendapat redha Dia.
Dari hamba kepada hamba untuk sama-sama duduk dan beristifar sambil berfikir dan bermuhasabah.

Saturday 29 September 2012

bidadari : kamu begitu mahal


Kali ini khas buat wanita ^^_

Saya umumkan, saya antara pencinta wanita. Wanita sangat mahal pada pandangan saya.
Mana mungkin saya tidak mencintai wanita kerana, saya sendiri lahir dari rahim wanita.
Seorang doktor,guru, perdana menteri, perompak, sesiapa sahaja lahir dimuka bumi ini, lahir dari rahim wanita kecuali Nabi Adam.

Tiada manusia hebat. Semuanya sama. Lahir dari seorang wanita. Namun, kehebatan seseorang manusia itu lahir bila ada seorang wanita yang hebat bersama mereka. Itulah ibu.

Maka, jika rosak wanita, maka, rosaklah masa depan dunia.

Wanita itu mahal, kerana itu mereka juga Bidadari.

Apa punca mereka mahal ?
Kerana Islam meletakkan wanita di tempat yang tinggi nilainya . Malah, Islam sendiri menggariskan aurat wanita yang berbeza dengan aurat lelaki. Lebih tertutup. Susah dinampakkan, kecuali yang halal sahaja dibenarkan melihat aurat wanita .

Menutup aurat itu menunjukkan keperibadian wanita itu sendiri. Ya, saya tidak bohong!
Buktinya wanita juga boleh diibaratkan seperti barang kemas, intan permata. Kerana apa, kerana mereka mahal, kerana itu saya samakan mereka dengan barang kemas dan intan permata.

Nampak ?
TERDIDIK MANITA TERDIDIK GENERASI ( USTAZAH PILIHAN )
Mari renungi bersama .

Sabda Rasulullah s.a.w “Barang siapa yang jatuh cinta, lalu menyembunyikannya dan memelihara kesucian dirinya serta bersabar sampai dia meninggal dunia, maka dia adalah seorang yang mati syahid.”

Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya .

Thursday 20 September 2012

BUAT IBU : KEBAIKAN YANG BERTERUSAN


Assalamualaikum.. w.b.t
Mereka mengajar . Mereka mendidik . Mereka juga memperjuangan cinta .
Itulah IBU...
Cinta mereka disalurkan demi memberikan kemanisan untuk kita. Tanpa henti kita merasainya. Tanpa jemu mereka menaburi cinta untuk kita .

Lihat sahaja hari ini, tanpa usaha keras seorang ibu, mana mungkin kita menjadi diri kita yang sekarang. Tanpa letih dan jemu juga kita masih lagi mengguna pakai ilmu yang dicurahkan oleh seorang IBU .

Mereka biasa-biasa, namun usaha dan cinta mereka kepada kita sangat luar biasa. Mereka akan terus berjuang, selagi mereka masih bernyawa. Erti hidup pada memberi. Analoginya ibarat pokok pisang. Ia biasa-biasa, namun hasilnya sangat luar biasa. Menabur budi sehingga ia mati malah jasanya terus mengalir lagi. Walaupun pisang tidak akan berbuah dua kali, namun berbuahnya kali pertama dan selepas itu mati, cukup memberikan ispirasi. Matinya bukan mati biasa biasa, namun matinya masih lagi berjasa. Ia mati bukan hanya selepas meninggalkan buahnya, sebaliknya ia pasti meninggalkan anak-anaknya dan kita akan dapat menikmati buah pisang lagi walupun pisang yang dahulu telah mati.

Pokok pisang hakikatnya menggambarkan realiti hidup ibu yang perlu kita contohi dan teladani. Ia mengajar kita erti untuk memberi, berjasa. Jangan berhenti melakukan kebaikan walupun setelah kita telah mati .
Contohnya, sikap berbudi bahasa itu diterapkan sejak bermula dari madrasah pertama anak-anak. Ia didik mengikut acuan dari ibu dan ayahnya. Bagus acuanya, bagus juga produknya. malah sehingga kehari ini, sikap berbudi bahasa itu masih lagi diguna pakai hingga si anak meningkat usianya.

Contoh lain pula, ilmu yang diajar juga dan ilmu yang dididik oleh seorang  ibu juga masih lagi diguna pakai untuk masa-masa yang mendatang kerana, semua yang kita lakukan pada hari ini sehingga sejak berkurun lamanya lagi perlu disertakan dengan ilmu bagi merealisasikan apa yang ingin direalisasikan.
Inilah yang dikatakan mereka terus berjuang demi cinta . Walaupun sudah pergi, namun cinta mereka masih lagi diguna pakai. Masih lagi mengalir untuk kebaikan .
Kebaikan yang terus hidup.

Namun, adakah kita memerhati ?
Oleh itu, sebagai manusia yang sentiasa berfikir dan berzikir , pasti teladan dari ibu diiktibarkan dalam kehidupan. Bahkan orang yang berjaya sentiasa berfikir untuk membuat satu kebaikan yang berterusan hidup selepas kematian.
Jasa mereka sangat luar biasa, maka kita juga perlu memperluas cinta meraka agar kebaikan itu terus hidup .
“Apabila mati anak Adam , maka telah terputuslah amalannya melainkan tiga perkara ; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang mendoakan keatasnya”
( Riwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari)
Jasa yang dikenang untuk ibu, 
Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya . Selamat hari ibu.
P/s : SAYA SAYANG AMMAK... :

Tuesday 18 September 2012

s.a.h.a.b.a.t


SALAM...!?

ya Allah, andai sahabatku resah.. tenangkan ia dengan ketenanganMu.. andai dia takut.. kuatkan ia dengan kekuatanMu.. andai dia lalai.. tunjukkan ia dengan petunjukMu.. andai ia sedih.. gembirakan ia dengan kegembiraanMu..

ya Allah..
merindui sahabat itu yang menjadi penguat dikala lemah..
hadir dikala teringat padanya..
mendapat nasihat saat leka..
mendapat teguran tika khilaf menutur bicara..
mendapat kekuatan saat jatuh..

ya Allah..
moga sahabat itu sentiasa dalam rahmatMu
moga ia selalu dalam redhaMu

biar berjauhan kerana cita dan cintaMu
moga rabhitah hati berkekalan
moga ukhwah berpanjangan
moga doa menjadi iringan
moga bertemu ke syurga
jaga dirimu baik-baik
hanya mampu melihat dari jauh

"Berkasih sayang dan membenci kerana Allah"
yup!
punya Allah untuk kuat..
punya Allah sumber inspirasi..
punya Allah untuk segalanya..
sahabat cuma wasilah dariNya..

sakit itu Nikmat..


salam... yang bernama MANUSIA,.!?

Kadangkala dalam perjalanan kehidupan ini, manusia jatuh sakit.
Allah ujinya dengan kesakitan.
Kadangkala manusia hanya tidak perasan,
Allah sedang memberikan kepadaNya titik perhentian untuk bermuhasabah.
Sungguh sebenarnya, sakit itu nikmat.

Nikmat Peringatan :
Kita perlu sedar bahawa kita adalah manusia. Dinamakan manusia kerana fitrah manusia adalah pelupa. Ada antara kita berilmu luas, ada pula antara kita harta melaut, ada pula kita kebolehan tak tertanding, dan 1001 nikmat lagi. Tetapi dengan sakit, semuanya itu seakan tidak berguna langsung. Yang kita mahu adalah sihat.
Ketika itu kita akan tersedar. Kalau ilmu, harta, kebolehan dan kebanyakan nikmat material lain kadangkala boleh menjauhkan kita daripada Allah SWT apabila disertai bongkak, angkuh, riya’ dan sebagainya, sakit membuatkan kita beringat.
Kadangkala kita akan terfikir, apakah yang telah kita lakukan atas tubuh kita yang sihat sebelum ini? Kadangkala kita akan teringat, perbuatan-perbuatan kita yang tidak sepatutnya kita buat semasa kita sihat.

Ada pepatah berkata:
“Hanya orang yang miskin tahu nikmat kekayaan, hanya orang sakit tahu nikmat kesihatan, dan hanya orang mati tahu nikmat kehidupan”
Sakit, mampu menjadikan kita beringat. Seakan-akan bila kita sakit, Allah SWT berbisik kepada kita:
“Sesungguhnya Aku mampu menarik nikmatKu bila-bila masa sahaja”
Maka wajiblah kita memperingatkan diri
Allah SWT berfirman:
“Demi Sesungguhnya , Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan brikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar” Surah Al-Baqarah ayat 155.

“Dan patutkah mereka tidak mahu memerhatikan, bahawa mereka diuji, pada setiap tahun, sekali atau dua kali(paling kurang), kemudian mereka tetap juga tidak bertaubat dan tidak juga mereka mahu mengingat?” Surah At-Tawbah ayat 126.

“Alangkah baiknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri(taubat dan insaf) ketika mereka ditimpakan azab Kami?…” Surah Al-An’am ayat 43.

“Tidak ada satu kesusahan, yang menimpa di bumi dan juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia diadakan di dalam Kitab sebelum Kami menjadikannya. Sesungguhnya yang mengadakan demikian(kesakitan, cubaan, bencana) itu, adalah mudah bagi Allah. Supaya kamu tidak bersedih hati dengan apa yang luput daripada kamu, dan supaya kamu tidak bongkak dengan apa yang ada pada diri kamu, dan ingatlah bahawa Allah tidak suka pada setiap mereka yang takabbur lagi membanggakan diri” Surah Al-Hadid ayat 22-23.

Tiadalah sakit-sakit ini menimpa kita, tiadalah bencana itu ini menyentuh kita, melainkan ada hikmahnya. Allah ingin kita kembali mengingati-Nya, bergerak ke arah-Nya, muhasabah kembali kehidupan kita.
Sakit adalah petanda bahawa kita adalah manusia.
Ya, manusia yang lemah. Sebagai yang lemah, kita perlu beringat. Perlu sentiasa sedar akan kekerdilan kita. Didatangkan sakit, adalah untuk kita beringat betapa kita hakikatnya langsung tidak patut mendongak bongkak kepada Yang Maha Berkuasa – Allah SWT.

Penutup: Maka bersyukurlah atas nikmat ini
Jangan dicela sakit yang menimpa. Ambil penyakit itu sebagai peringatan. Sesungguhnya kita ini manusia yang lupa, dan sakit bencana yang menimpa itu untuk peringatan.
Dan tidaklah peringatan itu tiba dari yang bukan memerhatikan. Maka ketahuilah bila anda sakit, Allah hakikatnya sedang memberikan perhatian kepada anda. Bukankah itu satu kemuliaan?
Tetapi bagaimana kita melayan sakit kita? Bagaimana kita berhadapan dengannya?
Ada antara kita menyumpah Allah kerana menyukarkan kehidupan kita.
Namun Allah SWT berfirman:
“Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu” Surah Asy-Syura ayat 30.
MasyaAllah… tetapi Allah ampunkan sebahagian besar dosa kita atas bencana yang datangnya kerana kita.
Bukankah kita sentiasa mendegar: Sakit itu kaffarah dosa?
Di sini kita muhasabah kembali kehidupan kita.
Sakit itu nikmat, yang tidak boleh kita biarkan ia berlalu sia-sia.

Thursday 9 August 2012

MENCARI BUKAN MENANTI MALAM AL QADAR!

"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur'an) pada malam al-Qadar (kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar". (al-Qadr: 1-5)

Dalam surah ini kita melihat kelebihan malam al-Qadar iaitu;
Ia merupakan malam penurunan al-Quran. Menurut Ibnu 'Abbas; penurunan yang dimaksudkan ialah penurunan al-Quran secara sekaligus dari Luh Mahfudz ke Baitil-'Izzah yang terdapat di langit dunia/pertama. Setelah itu barulah diturunkan berperingkat-peringkat kepada Rasulullah s.a.w. selama 23 tahun.Beramal pada malam al-Qadar lebih baik dari beramal selama seribu bulan (iaitu 83 tahun 4 bulan) yang tidak terdapat di dalamnya malam al-Qadar.Pada malam itu, Jibril dan juga para malaikat turun ke langit dunia atau ke bumi dengan membawa kebaikan dan keberkatan yang ditetapkan Allah untuk tahun tersebut hingga datang malam al-Qadar berikutnya.
Menurut Imam Ibnu Kathir; "Banyaknya malaikat yang turun pada malam al-Qadar adalah kerana banyaknya keberkatan malam tersebut. Para malaikat turun bersama turunnya berkat dan rahmat sebagaimana mereka turun tatkala mendengar bacaan al-Quran, mereka melingkungi halaqah-halaqah zikir dan mereka membentangkan sayap-sayap mereka kepada orang yang keluar mencari ilmu untuk membesarkannya".Malam al-Qadar itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar, yakni; pada malam tersebut Allah tidak mentakdirkan melainkan perkara-perkara yang baik, selamat dan sejahtera. Ada ulama' berpendapat; pada malam al-Qadar itu para malaikat yang turun akan mengucap salam kepada sekelian orang beriman yang mereka temui sama ada lelaki atau perempuan.
Walaupun surah di atas tidak menjelaskan bilakah akan munculnya malam al-Qadar?, namun jawapan bagi persoalan ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w. dalam sabdanya;
تحرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الأَوَاْخِرِ مِنْ رَمَضَاْنَ
"Carilah lailatul-Qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan"
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Saidatina Aisyah R.A) 


Kepada teman-teman, marilah sama-sama kita mengejar malam al-qadr. Gunakanlah baki-baki terakhir Ramadhan ini untuk kita mengintai malam al-qadr ini. Laksanakanlah sekadar termampu, mudah-mudahan amalan di malam hari yang dilaksanakan ini mampu untuk diteruskan pada bulan-bulan mendatang. Mudah-mudahan amalan yang dilakukan secara berkualiti di bulan Ramadhan mampu diteruskan sehingga penghujung akhir hayat kita. Amin

“Ya Allah, Berikanlah kekuatan kepada kami untuk menghidupkan malam-malam Ramadhan”

THANKS..!!??  SE-MUSLIM

Wednesday 4 July 2012

nisfu syaaban


Rejab sudah berlalu. Kini telah pertengahan Syaaban. Lambaian Ramadan 15 hari lagi. Kita belum terlambat untuk menceriakan hidup dengan keberkatan Syaaban.
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda, "Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Kita munajat dan berdoa seperti doa Rasulullah ketika masuknya Rejab:
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغّنا رمضان
"Allahuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan"
Maksudnya: "Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan."
Inilah doa tiga serangkai yang memadukan kemuliaan ketiga-tiga bulan yang sangat berkat ini. Tiga bulan inilah bulan medan perjuangan pejuang untuk membina jati diri, membentuk sahsiah dan memupuk kebersihan hati.
Selari dengan erti Syaaban iaitu berpecah-pecah atau berpuak-puak.
Pada zaman Jahiliyah, masyarakat Quraisy terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.
Rasulullah mengekalkan nama Syaaban sehinggalah sekarang.
Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.
Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya.
Diantara hadis yang paling masyhur ialah: Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya, "Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?" Para sahabat menjawab, "Allah dan RasulNya lebih mengetahui." Sabda Rasulullah SAW, "Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).
Fadhilat Syaaban
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan.
Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW
Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
Bertaubat
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Peristiwa-peristiwa penting di Bulan Syaaban
1. Malam Nisfu Syaaban
Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril as pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!" Kata saya (Nabi Muhammad SAW): "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."
Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca: "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.
2. Penukaran Arah Kiblat
Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontroversi pada waktu itu.
Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis.
Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah SWT.
Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW mengadap ke Baitullah Kaabah.
Sebahagian ulama sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat.
Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya'. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.
3. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi')
Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi.
Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madinah.
Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.
Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang puteri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq.
Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.
Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya.
Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah.
Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq.
Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.
Begitu besarnya fadhilat bulan Syaaban. Marilah kita sama-sama mengambil kesempatan ini untuk mengimarahkannya.

Friday 1 June 2012

Jangan melepaskan peluang yang melintas di depan mata



Atsar daripada Saidina Ali berkata : “Hendaklah kemu menuntut ilmu sebelum kamu punya jawatan kerana setelah ada jawatan kamu tidak akan punya masa untuk menuntut ilmu.”

 Demikian juga dalam bidang lain seperti perniagaan, dakwah, pembangunan umat, politik, komunikasi dan lain-lain yang berkaitan.

P/s : bukan duit yang boleh membuatkan seseorang itu kaya tetapi ILMU yang perlu kita cara untuk mengubah dunia.

Monday 14 May 2012

jangan mundur walau setapak apabila telah melangkah kedalam gelanggang perjuangan

salam sejahtera, sahabat seantero..haha.. :)
sebelum tu tarik nafas dulu, pastu STOP, bace bismillah, sbb ape aku buat cmni kerana dah lame tak taip... tu sbb kene buat cmtu.. nak bagi semangat skit..


nampak tak tajuk kat atas tu mencabar tak,,, mencabar doh, sepatut nye post nie aku nak post mase aku exam ari tu tapi tak kesampaian..nk buat camne, lgi pun mase tu mood takde mariii... so, aku post laa skrang untuk memenuhkan blog aku nie.. tidak asik tgk bnde yg same jeee.. boringggeekk...


Jangan lari dari medan perang atau pejuangan, Tariq Bin Zaid berucap di hadapan tenteranya ketika ia menyerang untuk menawan Sepanyol, "Musuh di depanmu dan laut di belakangmu. Pilihlah mana yang kamu suka menang atau Syahid." Meluruhlah tenteranya berdepan dengan musuh sehingga mencapai kemenangan gemilang. Umat Islam di negara Islam lain diganyang oleh musuh hari ini, bukan terjadi secara tiba2 tetapi ianya berlaku dengan pelbagai rentetan penyelewengan oleh musuh dalam selimut, golongan munafik dan ketamakan para ulamak, umarak dan pengikut2 yg tidak peduli bahkan membelakangkan agama.



sebenar nye exam yg kite ambik nie pun satu peperangan jugak... tak kira laa exam kat skolah ke, kt skolah memandu ke, kt tmpt keje ke, kt poli ke dan pape yang kite lalui sekarang nie yg mmbuatkan jantung kite berdebar adalh satu peprangan atau perjuangan yang kita tidak sedar, dan yang paling pentinggg kite harus memerangai musuh nombor satu manusia iaitu SYAITAN DAN IBLIZZ... cara nak berperang dengan syaitan atau iblis nie ialah kite tidak Perlu mengikut ape yg die suruh.. bukan mudah untk mengelak dari bisikan syaitan... so kite kene memerangi mereka supaya kite tidak sesat..

Riuh rendah umat Islam bertetiak bantai Yahudi, ganyang Yahudi walhal yang dibantai dan diganyang adalah umat Islam yang telah lemah, lelaki dan perempuan, orang tua dan kanak2 menanggung kesengsaraan akibat kerakusan pemimpin umat
Marilah kita betulkan keadaan dengan kesedaran dan tindakan bersama

"JANGAN CAMPAKAN DIRI ANDA DALAM KEBINASAAN."

Friday 23 March 2012

tazkiraah...

Siapa yang mencipta ALLAH ?


Bersendirian selalu mendatangkan pelbagai persoalan dalam diri kita. 
Di antara sedar dan tidak sedar kita terfikir siapa yang menciptakan alam ini. 
Siapa yang menciptakan manusia, siapa yang menciptakan bumi, bintang, langit, dan apa yang ada disekeliling kita. Perasaan itu datang kerana sifat manusia yang ingin tahu. Seterusnya fikiran melayang jauh sehingga tidak sedar kita bertanya dengan diri kita SIAPA YANG MENCIPTA ALLAH!! 

Awas!! ini adalah bisikan dari syaitan! syaitan yang dilaknat! 

Dari Aisyah, Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya syaitan akan datang kepada seseorang diantara kamu lalu ia berkata: "Siapa yang menciptakan kamu?" Lalu dia menjawab: 'Allah', kemudian syaitan akan bertanya lagi: Siapakah yang mencipta Allah?" Apabila seorang di antara kamu mendapati hal semacam itu, maka hendaklah dia berkata “aman tu billahi wa rasulih” (aku beriman kepada Allah dan RasulNya) dan dengan ucapan itu syaitan itu akan pergi dari dirinya." (Hadis riwayat Ahmad dengan sanad hassan)


P/S =  Nabi saw. bersabda, "Apabila kamu hendak tidur, hendaklah berwuduk  
           terlebih dahulu sebagaimana wuduk untuk melakukan solat." (HR.    
           Bukahri dan Muslim)

Saturday 3 March 2012

ringkas dan padat

MATI KERANA KELETIHAN ADALAH LEBIH BAIK DARI DUDUK SAMPAI BERKARAT



Hidup kita penuh dengan dugaan. Ada segala perasaan yang datang dan pergi. tidak ada satu yang kekal. ada orang yang terus berusaha tanpa memikirkan penat lelah. Hanya berusaha untuk berjaya, ada pula yang hanya merungut dan berserah.

thanks... apa-apapunada

P/S : Saya melihat kebanyakan rakyat Malaysia + Melayu = islam banyak meluahkan perasan @ melepaskan masalah kedalam facebook, saya heran dan pelik… mane peginye tuhan mereka…sepatutnye mereka perlu mengutamakan yang maha Esa… kerana dia yang memberi rezeki kepada kita sebab die maha bekuasa… kalau kite luahkan di facebook tidak mendapat apa2 dan tidak memberi manfaat pun.!!! Malah, nanti akan mendatangkan kemudaratan kepada kita… !!! 









Monday 13 February 2012

Happy Family at Home.


Salam...
One Happy Family At Home, adalah salah satu permainan yang aku main semasa aku kanak2 lagi bersama adikberadikku…. Tetapi  itu dulu, sekarang kite semua dah  besoOO…dan lebih jauh pemikiran kita… sekarang kite melangkah setapak kehadapan menuju destinasi yang di tuju… iaitu di i – City (Shah Alam) YeahhHH..!!!

Bertempat di i-city, bersama adikberadikku, tujuan utama kita  adalah untuk masuk kedalam.??  (ape entah nama die.. den lupo lak ) okey kite panggil tempat die Rumah sejuk laa senang cite… Harga masuk 25 hinggit untuk dewasa, kanak2 20 hinggit (3 tahun above)… okey.. kite jalan2 dulu di sekitar i-City ni… sebelum melangkah ke kutub utara…hahaha

Nie Aisyah name die… die sedang menaiki kuda. Cite2 die nk jadi Princess.. Aisyah Peace skit !!!

Okey, sekarang duit nak masuk ke rumah sejuk dah bayar... peehhh koyak beg duit nak bebayorrnye, sekali lima orang ( Cehh, cite lebih, bukan aku yang bayar pun…) tak pelah, duit boleh di cari… tetapi pengalaman belum tentu semua orang dapat… betul tak anak2…

...nie sesi bergambar die depan rumah sejuk dan sekitar i-city dengan perut yang lapar… haha

Sejak bila suka budak2 nie… cehhh…mase umur 20 tahun kot…


Tak pernah  rase sejuk kan… masing2 GAYAT… J L 
 Kalau nk pegi London mmg boleh.. saje je tak pegi (ayat2 x dapat pegi) … i-City pun jadi laa… janji sejuk…mcm kt London…. Kalau London x saOojuk mmg Aden x pouuii punyerr… Betul tak.??

Habis sudah perjalan di dalam Rumah sejuk  dan dapat bertahan selama 3 jam sahaja…. Camne nk duduk kat LONDON seminggu ni… 3 jam pun tak boleh tahan …. Tak pe lepas nie kite bersejuk di LONDON pulak… bile tu bang..???

 Firma Allah dalam surah At-Taubah : 41
“Berangkatlah Kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun berat” …………

Akhir penutup dari saya adalah… mengembaralah menjelajahi Bumi, ia akan melapangkan dada dan melenyapkan awan kesedihan  serta melihat alam sampai ke pelusuk dunia dan berpusinglah ke segala daerah di bumi yg luas ini.

Peace yooOOo…!?