Friday 23 March 2012

tazkiraah...

Siapa yang mencipta ALLAH ?


Bersendirian selalu mendatangkan pelbagai persoalan dalam diri kita. 
Di antara sedar dan tidak sedar kita terfikir siapa yang menciptakan alam ini. 
Siapa yang menciptakan manusia, siapa yang menciptakan bumi, bintang, langit, dan apa yang ada disekeliling kita. Perasaan itu datang kerana sifat manusia yang ingin tahu. Seterusnya fikiran melayang jauh sehingga tidak sedar kita bertanya dengan diri kita SIAPA YANG MENCIPTA ALLAH!! 

Awas!! ini adalah bisikan dari syaitan! syaitan yang dilaknat! 

Dari Aisyah, Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya syaitan akan datang kepada seseorang diantara kamu lalu ia berkata: "Siapa yang menciptakan kamu?" Lalu dia menjawab: 'Allah', kemudian syaitan akan bertanya lagi: Siapakah yang mencipta Allah?" Apabila seorang di antara kamu mendapati hal semacam itu, maka hendaklah dia berkata “aman tu billahi wa rasulih” (aku beriman kepada Allah dan RasulNya) dan dengan ucapan itu syaitan itu akan pergi dari dirinya." (Hadis riwayat Ahmad dengan sanad hassan)


P/S =  Nabi saw. bersabda, "Apabila kamu hendak tidur, hendaklah berwuduk  
           terlebih dahulu sebagaimana wuduk untuk melakukan solat." (HR.    
           Bukahri dan Muslim)

Saturday 3 March 2012

ringkas dan padat

MATI KERANA KELETIHAN ADALAH LEBIH BAIK DARI DUDUK SAMPAI BERKARAT



Hidup kita penuh dengan dugaan. Ada segala perasaan yang datang dan pergi. tidak ada satu yang kekal. ada orang yang terus berusaha tanpa memikirkan penat lelah. Hanya berusaha untuk berjaya, ada pula yang hanya merungut dan berserah.

thanks... apa-apapunada

P/S : Saya melihat kebanyakan rakyat Malaysia + Melayu = islam banyak meluahkan perasan @ melepaskan masalah kedalam facebook, saya heran dan pelik… mane peginye tuhan mereka…sepatutnye mereka perlu mengutamakan yang maha Esa… kerana dia yang memberi rezeki kepada kita sebab die maha bekuasa… kalau kite luahkan di facebook tidak mendapat apa2 dan tidak memberi manfaat pun.!!! Malah, nanti akan mendatangkan kemudaratan kepada kita… !!!