Sunday 31 July 2011

HARIMAU MALAYA...







TANAH TUMPAH DARAHKU....!!!
MALAYSIA BOLEH...


                                       
                                      
                                 
                                    

SEMANGAT HARIMAU MALAYA SENTIASA MEMBARA....
         GGGGgggg00000oooooo MALAYSIAaaaaa.                                  
      

Pertama kali aku dengar tiket perlawanan bola sepak habis di jual… opocot terperanjat boboi..!!! 




SALAM KEPADA PENYOKONG MALAYSIA...!!!

Jam 6.30 ptg lagi aku dan member menunggu LRT, untuk pergi ke stadium Bukit Jalil…

Di dalam LRT lagi sudah mendengar suara semangat penyokong tanah air, untuk sampai ke Stadium Keramathahaha

Dari cermin LRT lagi aku dah nampak sorakan penyokong, di luar stadium  (memang gamat gilerr beb )…

Seperti biasa, kalau ada perlawanan bola sepak, mesti ada orang yang berniaga.! untuk mencari rezeki lebih… aku cume tengok je… last match aku dh beli (topi Malaysia)… Tapi, topi tu aku tengok,,, boleh kira sape yang pakai,,.. tak laku ke topi nie..??? kesah pulak aku janji aku dah beli....


Lebih kurang pukul 7.30, gate di buka… ape lagi.! Semua MACAM SEMUT beratur untuk dapat tempat yg BEST…

Suasana di dalam stadium gua cakap luu beb… GEMPAK GILERR tapi aku dapat duduk dekat sebelah screen besar… takpe lah janji dapat duduk…
Sebelum start perlawanan,.. aku memerhatikan sekeliling, untuk tengok gelagat penyokong MALAYSIA… tetibe… aku ternampak kain rentang yang tertulis “KAMI MOHON DOA! MALAYSIA BERJAYA”… ayat dia lain dari yang lain… mesti dia mengharapkan kejayaan yang GEMILANG… Tetapi PENYOKONG DI STADIUM DAN DI RUMAH PUN SAMA, menginginkan kejayaan…

Perlawanan bermula dari 8.45 – 10.45… result tak perlu bagi tahulah! semua dah tahu kot..


Walaupun mereka gagal… rakyat MALAYSIA sentiasa menyokong sampai bila-bila… dan penyokong sentiasa ada di belakang untuk support TEAM MALAYSIA..!!!

p/s : walaupun perlawanan dah beberapa hari berlalu.. saya nak juga POST… janji ROCK..!!!

Wednesday 27 July 2011

Syaitan Bercuti Lagi.

Syaitan terpaksa bercuti sebulan! Jangan sangka pelajar sekolah dan cikgu-cikgu sahaja yang ada cuti bermusim yang panjang tempohnya. Jangan sangka wanita berpantang sahaja yang cuti panjang. Syaitan pun akan bercuti panjang. Walaupun kalau boleh mereka ingin terus-menerus bekerja bagi memastikan misi mereka berjaya dengan cemerlang.

namun, jangan sangka syaitan "cuci tangan" daripada menggoda Adam. Sebelum bercuti, syaitan telah menggunakan sepenuhnya 11 bulan sebelum Ramadhan untuk menerapkan segala sifat mazmumah dalam diri anak Adam kerana Syaitan takkan bersama anak Adam dalam bulan Ramadhan.
          sementara syaitan bercuti, apa kata kita giatkan kembali anggota badan melakukan ketaatan kepada Allah sama ada yang wajib ataupun sunat. Yang wajib dilakukan dengan ikhlas dan penuh penghayatan. Amalan sunat pun sama, malah ditambah lagi dengan sukarela.
          Jika dalam bulan Ramadhan ini, stesen radio dan televisyen mengubah kandungan siaran mereka menjadi Islamik, dihiasi dengan bacaan Al-Quran serta Zikir, pengisian agama dan sebagainya, adakah kita tidak ingin pencapaian peribadi meningkat sepanjang RAMADHAN.?

         Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud :
"Apabila datangnya ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan." (Riwayat al- Bukhari dan Muslin)

         Jika Syaitan sedih menjelang Ramadhan, manusia sebaliknya perlu gembira dan mengalu-alukan kehadiran penghulu segala bulan ini. Jom sama-sama tingkatkan amal ibadah sepanjang Ramadhan. Semoga natijah akhir iaitu takwa mampu dicapai. Amin.

Sunday 24 July 2011

Di Ambang Ramadhan, Sudah Bersiapkan Kita.?




Syukur alhamdulillah, Allah SWT masih memberikan kesempatan kepada kita untuk bakal bertemu dengan bulan Ramadhan pada tahun ini yang hanya tinggal beberapa hari sahaja. Semoga kita semua dapat menemuinya dan berpuasa sesuai dengan perintah Allah SWT, dan menjadikannya sebagai saat-saat dan kesempatan yang berharga untuk memperbanyak ibadah, amal soleh dan aktiviti lainnya demi meraih redha Allah SWT.

Kita semua sedia maklum, bulan Ramadhan adalah bulan yang banyak memiliki keistimewaan, nama yang tidak asing bagi umat Islam. Sayyidus suhur (penghulu bulan-bulan) adalah merupakan julukan yang sangat indah, syahru nuzulil Quran, (bulan diturunkannya Al-Qur’an), syahrut tarbiyah (bulan pendidikan), Syahrul Muwasah (bulan kebajikan dan cakna umat), dan julukan-julukan indah lainnya, adalah nama-nama yang indah yang begitu melekat pada bulan Ramadhan.

Namun dari sekian banyak keistimewaan dan keutamaannya serta keindahannya, sangat sedikit dari kalangan para pemuda pemudi Islam yang menyedari atau mungkin mereka sedar tetapi belum menyentuh lubuk hati mereka, sehingga saat Ramadhan tiba, tidak ada raut wajah keghirahan atau kegembiraan menyambutnya. Tidak ada antusiasme pemuda untuk mengikuti amaliyah dan ibadah Ramadhan kecuali sekadar menjalankan kegiatan ritual sahaja; sekadar melepas atau menggugurkan kewajiban atau hanya kerana adat dan tradisi serta kebiasaan yang sudah biasa dilakukan pada setiap bulan Ramadhan hadir. Sehingga setiap kali selesai bulan Ramadhan keperibadian seseorang tidak meningkat dan berubah, tetap seperti yang lama, yang berubah hanyalah umurnya saja yang semakin hari memang terus bertambah dan tua.

Cabaran besar kita adalah untuk menjadikan Ramadan tahun ini yang paling istimewa dalam kehidupan kita dari segi hubungan kita dengan Allah; puasa, doa, membaca al-Quran dan merenung ayat-ayat Allah SWT, iktikaf dan zikrullah, sedekah dan infa’, memahami dan melaksanakan Islam sebagaimana para sahabat RA mencontohkan kepada kita. Semua amalan ini menjadi saksi bahawa kita serius dan bersungguh-sungguh menjadikan Ramadan kita pada kali ini adalah usaha yang terbaik, yang mampu mengeluarkan kita sebagai graduan yang bertaqwa.
Persoalannya, adakah kita sudah bersiap untuk bertemu bulan nan indah ini?Allah SWT berfirman:

“Dan jika mereka mahu berangkat, tentulah mereka menyiapkan persiapan untuk keberangkatan itu.” (At-Taubah:46)

Selamat bersiap!!
by : LangitIlahi

Saturday 23 July 2011

JADILAH DIRI ANDA SENDIRI…

Firman Allah subhanahu wa Ta’ala di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 148 :
Dan bagi tiap-tiap umat ada qiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kamu (dalam berbuat) kebaikan…

Setiap manusia memiliki kelebihan, potensi dan bakat masing-masing. Dan, salah satu keagungan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam adalah kemampuannya untuk menempatkan setiap sahabatnya sesuai dengan kemampuan, bakat dan potensi mereka masing-masing.
SELANGKAH KEHADAPAN...
           Menyatu serta hanyut dalam keperibadian orang lain pada hakikatnya adalah bunuh diri, manakala mamakai baju keperibadian orang lain adalah sebuah penbunuhan yang terancang.
Di antara salah satu tanda kebesaran Allah ‘Azza wa Jalla Adalah perbezaan sifat yang ada pada manusia dan perwatakan yang mereka miliki serta perbedaan bahasa dan warna kulit mereka.
Dengan kata lain, menerima dengan penuh kerelaan setiap
anugerah dan pemberian Allah yang ada pada diri anda. Oleh sebab itu, kembangkanlah, tumbuhkanlah, dan dapatkanlah manfaat darinya.

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya (Al-Baqarah: 286) 

RENUNGAN.
Jangan kecewa dengan diri anda,.. kerana, di sekeliling anda, akan berlumba-lumba untuk menjadi seperti anda…