Wednesday 27 July 2011

Syaitan Bercuti Lagi.

Syaitan terpaksa bercuti sebulan! Jangan sangka pelajar sekolah dan cikgu-cikgu sahaja yang ada cuti bermusim yang panjang tempohnya. Jangan sangka wanita berpantang sahaja yang cuti panjang. Syaitan pun akan bercuti panjang. Walaupun kalau boleh mereka ingin terus-menerus bekerja bagi memastikan misi mereka berjaya dengan cemerlang.

namun, jangan sangka syaitan "cuci tangan" daripada menggoda Adam. Sebelum bercuti, syaitan telah menggunakan sepenuhnya 11 bulan sebelum Ramadhan untuk menerapkan segala sifat mazmumah dalam diri anak Adam kerana Syaitan takkan bersama anak Adam dalam bulan Ramadhan.
          sementara syaitan bercuti, apa kata kita giatkan kembali anggota badan melakukan ketaatan kepada Allah sama ada yang wajib ataupun sunat. Yang wajib dilakukan dengan ikhlas dan penuh penghayatan. Amalan sunat pun sama, malah ditambah lagi dengan sukarela.
          Jika dalam bulan Ramadhan ini, stesen radio dan televisyen mengubah kandungan siaran mereka menjadi Islamik, dihiasi dengan bacaan Al-Quran serta Zikir, pengisian agama dan sebagainya, adakah kita tidak ingin pencapaian peribadi meningkat sepanjang RAMADHAN.?

         Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud :
"Apabila datangnya ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan." (Riwayat al- Bukhari dan Muslin)

         Jika Syaitan sedih menjelang Ramadhan, manusia sebaliknya perlu gembira dan mengalu-alukan kehadiran penghulu segala bulan ini. Jom sama-sama tingkatkan amal ibadah sepanjang Ramadhan. Semoga natijah akhir iaitu takwa mampu dicapai. Amin.

No comments:

Post a Comment