Thursday 29 November 2012

Onn target..!!

salam,
bismillahirahmanirahim.. :)

Mula dengan langkah kanan untuk mencari rezeki di bumi ALLAH yang luas ini dan di sertakan dengan niat yang suci lagi ikhlas,..Semoga apa yang kita perolehi mendapat berkat di sisi-Nya. Ingatlah.! dunia ini hanyalah tmpat persinggahan untuk kita dan apa yang kita lakukan di dunia ini akan di tanye akhirat kelak.

okey, rezeki oh rezeki datang lah kepadaku... #$@%$#*&

bukan itu cara nye untuk mendapat rezeki, kita perlu usaha untuk mencarinya dan rezeki itu akan di perolehi dengan tahap usaha kita, TARGET aku adalah untuk mendapatkan phone SAMSUNG GALAXY NOTE II,( ceehh, taknak kalah ) dan insyaalah aku akan bayar (Lump Sum)  for motorcycle THE POWER..!!. Dengan bekerja sbg Part Time, adakah aku mampu mencapai target itu.???

( IF U THINK POSITIVE, YOU WILL GET WHAT DO U WANT..!!!)

itu kata org putih, tetapi cara Islam, mencarilah yang HALAL, SUCI lagi BERSIH, barulah rezeki yang kita  terima berasa selesa serta cukup. Perlulah aku berkerja keras untuk mencapai target ku ( baru keje dua hari dah tak dtg, puihh). dalam bahasakasar aku kene keje mcm bangela. Dengan tubuh ku yang sihat buat masa sekarang nie haruslah aku mencari rezeki, kerana dengan bekerja kita akn kurang berasa sakit berbanding orang yang duduk dirumah akan berasa STRESSSZZ... Malah, dari situlah akan terjadi perkara yang tidak dingini ( klw tak keje sibukkan diri anda pada hari itu).

mana mungkin kite akan mendapat rezeki sedangkan kita masih lagi terlentang di katil, mana mungkin kita akan dapat rezeki klw kite asik berangan 24 jam (" Ibnu Umar ra berkata, jika kamu berada diwaktu petang janganlah kamu tangguh kewaktu pagi dan jika kamu berada diwaktu pagi janganlah kamu tangguh kewaktu petang. Rebutlah kesempatan sewaktu kamu berada didalam keadaan sihat sebagai persediaan diwaktu engkau sakit dan ketika engkau masih hidup sebagai bekalan ketika engkau mati.") (AlBukhori)

Dalam kesibukan kita mencari rezeki, jgn kita lupa pada yang Esa, kerana dia yang memberi kita rezeki, malah die yang memberi kite segala2nye. ( hasbunallah ha wani'mal wakil ), apabila kamu sudah memperolehi rezeki jgnlah kamu lupa pada orang yang di bawah atau pada orang yang dalam kesusahan. (-Firman Allah Taala "Kamu tidak sekali-kali akan mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu beri makan sebahagian dari apa yang kamu sayangi, dan sesuatu apa yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahui.") (AliImran:92). 

"kita merancang dan ALLAH juga merancang,tetapi perancangan ALLAH lebih sempurna".

Mencarilah Rezeki  Kerana ALLAH

Saturday 24 November 2012

berakhirlaH sudah ..??

Bismillahirahmanirahim...

tarik nafassszzz... hembusssxx.. okey start.!

pagi yang menyegarkan mata ku, di kedai mamak bersama pekeje mamak yang hard working dan remaja2 yang lepak sampai 2 3 pagi, entah bila dorang nak balik aku pun tak tahu ( aku pun sama cakap lebih ), aku rase dorang nie cube nak cari character, tp salah tempat.. ade ke kedai mamak yang die cari... pakai smart2 lepak kedai mamak pagi2 ape kehaer nye yoop... sebenarnye bukan nie yang aku nak cite...! 

tapi,

sebenarnye aku telah pun menjawab paper yang terakhir, bermaknye aku telah pun mnamatkan pengajian selama 3 tahun ( lamenye macam 13 tahun) bersama sahabat2 perjuangan yang membantu ku dan ade juga mengacaw... excited lebih lak... lepas nie takde la cite, (wei exam masuk ape.??) itu soalan biase kalau nak dekat exam nie... takde sibuk nak buka buku baca sampai tangah pagi.. satu ape tak masuk.. xde nak mengelabah nak jawab exam...sbb semua tu telah pun berlalu... itu adat orang continue de study... pekara biasa...

Cite pasal exam dah abis skrang cite pasal kerjaya, member tanye ( wei ko ape ce..? skrang buat ape..??) nie soalan paling bahaya aku nak jawab... soalan ni aku rase lagi susah nak jawab drpd exam yg aku jawab. ia menentukan masa depan kite... ape yang kite cakap adalah satu doa...so, mulai skrang harus kite bercakap dengan berfikir, takut2 ape yang kite cakap itu termakbul... amin

suka, duka sepanjang perkenalan, biase la, kalw x de bertekak, bergaduh, bertumbuk itu bukan berkenalan namenye... semua orang penah merasainye semua orang pernah mengalamainye, cume keadaan berbeza2. ("Jgn kite membenci sesuatu perkara mungkin baik untuknye, dan jgn pula menyukainye mungkin buruk padanye"). Sahabat, saya mintak maaf jika ade terguris di hujung rambut hingga kaki sepanjang perkenalan kita, yang gurisan itu susah nak dihilang dengan memaaf. mnusia tidak pernah lupe untuk membuat silap. Maka, sbb itulah Allah temukan saya dengan sahabat supaya kita dapat menggunakan konsep amal makruf nahi mungkar.

"yang baik itu datang nye dari Allah dan yang buruk itupun datangnye dari Allah tetapi dengan kesilapan kite sendiri"

mulai sekarang dan saat ini, perjalanlah dengan kaki sendiri, kerana sahabat anda tidak dapat menolong anda   sebagai mane mereka bersama anda sebelum ini kerana,mereka juga ada haluan sendiri, kalau ade rezeki kite jumpa lagi..?? boboiee..

satu sahaja perkara yang saya nak kongsi dengan anda, jangan mudah putus asa kerana KEJAYAAN AKAN DATANG SILEH BERGANTI... PEACE YOO..


JGN TINGGAL SOLAT..

Wednesday 14 November 2012

orang berjaya


salam,


Syarat untuk menjadi orang yang berjaya dalam hidup ialah , dengan khusuk dalam solat .

Untuk khusyuk dalam solat , ia memerlukan satu jangka masa yang panjang . 

Maka tidak hairanlah , perjuangan untuk menjadi orang yang berjaya adalah perjuangan sepanjang hidup , kerana sepanjang hidup jugalah kita perlu untuk khusyuk dalam solat .

Azan . Kalimah " Marilah menuju kejayaan " akan diungkapkan selepas kalimah " Marilah mendirikan solat " . Maka tidak hairanlah , untuk seseorang mencapai status "Orang berjaya" , dia perlu mendirikan solat .

“ Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang 
khusyuk dalam sembahyangnya ”
( Surah Al-Mukminun ; 1-2 )

-----------------

Jika ingin membaiki dunia , kita perlu baiki manusia . 
Dan untuk baiki manusia kita perlu baiki hatinya .
Untuk baiki hati , kita perlu bermula dengan memperbaiki solat.

Thursday 8 November 2012

Hujan . Kita Marah . Panas . Kita Bising .


Penyusunan Allah sangat terbaik
Ya , penyusunan Allah sangat terbaik buat hambaNya. Namun kadang-kala kita menyalahkan Allah sedangkan, setiap penyusunannya sangat terbaik untuk kita
Hujan . Kita marah . Panas . Kita bising
Itu dan itulah berulang kali setiap masa , setiap masa .
Satu kisah yang saya ingin kongsikan pada kali ini ialah kisah seorang ulamak pada masa dahulu. Punyai hikmah yang tersendiri di samping kezuhudannya yang tersendiri .

Pada satu hari , beliau telah didatangi oleh Perdana Menteri Ali Pasha.
"Wahai ulamak , sesungguhnya sebentar sahaja lagi aku akan menghadap raja , maka , jika engkau punyai apa-apa permintaan atau hajat yang ingin aku sampaikan kepadanya , khabarkan sahaja padaku . Akan aku sampaikan kepadanya ", kata perdana menteri Ali Pasha.

Dengan tenang sambil tersenyum , ulamak tersebut menjawab pertanyaan Ali Pasha , "Wahai Ali Pasha , jika engkau punyai hajat atau apa-apa permintaan , khabarkan sahaja kepada aku , pasti akan aku sampaikan kepada pemilikku . Pasti akan diberi kemudahan dan dimakbulkan apa yang engkau hajati "
Mendengar kata-kata ulamak tersebut menyebabkan perdana meneri Ali Pasha sangat tersentuh . Sedang ulamak tersebut lebih mengharapkan kepada Allah , tapi dirinya lebih mengharapkan manusia yang sama taraf dengannya . 

Ya , kadangkala , kita terlupa yang kita punyai Allah yang lebih berkuasa dari manusia . Kadangkala kita terlupa yang kita punyai Allah yang sentiasa menemani kita dalam setiap perkara .
Hari ini ramai orang yang berusaha , tapi tidak meletakkan Allah sebagai matlamat utama , maka jika apa yang diusahakannya tidak menjadi , mulalah menyalahkan takdir . Menyalahkan itu menyalahkan ini . Berbeza dengan mereka yang berusaha dan meletakkan Allah sebagai tujuan utama . Bila tidak menjadi , konsep dan redha itu menjadi teras.
Teringat saya pada doa para alam ulamak terdahulu .
"Wahai Allah , gantilah hati aku ini dengan hati yang baru . Hati yang mana lebih dekat denganMu , lebih dekat untuk mencintai RasulMu "
Mari perbaiki hubungan kita dengan Tuhan kita . Dia tahu mana yang terbaik untuk kita . Dia tahu mana yang diperlukan kita dan mana yang tidak diperlukan oleh kita . Moga-moga dengan membaiki hubungan dengan Dia , menjadi asbab untuk kita sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri untuk mendapat redha Dia.
Dari hamba kepada hamba untuk sama-sama duduk dan beristifar sambil berfikir dan bermuhasabah.