Thursday 29 November 2012

Onn target..!!

salam,
bismillahirahmanirahim.. :)

Mula dengan langkah kanan untuk mencari rezeki di bumi ALLAH yang luas ini dan di sertakan dengan niat yang suci lagi ikhlas,..Semoga apa yang kita perolehi mendapat berkat di sisi-Nya. Ingatlah.! dunia ini hanyalah tmpat persinggahan untuk kita dan apa yang kita lakukan di dunia ini akan di tanye akhirat kelak.

okey, rezeki oh rezeki datang lah kepadaku... #$@%$#*&

bukan itu cara nye untuk mendapat rezeki, kita perlu usaha untuk mencarinya dan rezeki itu akan di perolehi dengan tahap usaha kita, TARGET aku adalah untuk mendapatkan phone SAMSUNG GALAXY NOTE II,( ceehh, taknak kalah ) dan insyaalah aku akan bayar (Lump Sum)  for motorcycle THE POWER..!!. Dengan bekerja sbg Part Time, adakah aku mampu mencapai target itu.???

( IF U THINK POSITIVE, YOU WILL GET WHAT DO U WANT..!!!)

itu kata org putih, tetapi cara Islam, mencarilah yang HALAL, SUCI lagi BERSIH, barulah rezeki yang kita  terima berasa selesa serta cukup. Perlulah aku berkerja keras untuk mencapai target ku ( baru keje dua hari dah tak dtg, puihh). dalam bahasakasar aku kene keje mcm bangela. Dengan tubuh ku yang sihat buat masa sekarang nie haruslah aku mencari rezeki, kerana dengan bekerja kita akn kurang berasa sakit berbanding orang yang duduk dirumah akan berasa STRESSSZZ... Malah, dari situlah akan terjadi perkara yang tidak dingini ( klw tak keje sibukkan diri anda pada hari itu).

mana mungkin kite akan mendapat rezeki sedangkan kita masih lagi terlentang di katil, mana mungkin kita akan dapat rezeki klw kite asik berangan 24 jam (" Ibnu Umar ra berkata, jika kamu berada diwaktu petang janganlah kamu tangguh kewaktu pagi dan jika kamu berada diwaktu pagi janganlah kamu tangguh kewaktu petang. Rebutlah kesempatan sewaktu kamu berada didalam keadaan sihat sebagai persediaan diwaktu engkau sakit dan ketika engkau masih hidup sebagai bekalan ketika engkau mati.") (AlBukhori)

Dalam kesibukan kita mencari rezeki, jgn kita lupa pada yang Esa, kerana dia yang memberi kita rezeki, malah die yang memberi kite segala2nye. ( hasbunallah ha wani'mal wakil ), apabila kamu sudah memperolehi rezeki jgnlah kamu lupa pada orang yang di bawah atau pada orang yang dalam kesusahan. (-Firman Allah Taala "Kamu tidak sekali-kali akan mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu beri makan sebahagian dari apa yang kamu sayangi, dan sesuatu apa yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahui.") (AliImran:92). 

"kita merancang dan ALLAH juga merancang,tetapi perancangan ALLAH lebih sempurna".

Mencarilah Rezeki  Kerana ALLAH

No comments:

Post a Comment