salam,
Syarat untuk
menjadi orang yang berjaya dalam hidup ialah , dengan khusuk dalam solat .
Untuk khusyuk
dalam solat , ia memerlukan satu jangka masa yang panjang .
Maka tidak
hairanlah , perjuangan untuk menjadi orang yang berjaya adalah perjuangan
sepanjang hidup , kerana sepanjang hidup jugalah kita perlu untuk khusyuk
dalam solat .
Azan . Kalimah
" Marilah menuju kejayaan " akan diungkapkan selepas kalimah "
Marilah mendirikan solat " . Maka tidak hairanlah , untuk seseorang mencapai
status "Orang berjaya" , dia perlu mendirikan solat .
“ Telah berjayalah orang-orang yang
beriman, iaitu orang-orang yang
khusyuk dalam sembahyangnya ”
( Surah Al-Mukminun ; 1-2 )
-----------------
Jika ingin membaiki dunia , kita perlu baiki manusia
.
Dan untuk baiki manusia kita perlu baiki hatinya .
Untuk baiki hati , kita perlu bermula dengan
memperbaiki solat.
No comments:
Post a Comment