Penyusunan
Allah sangat terbaik
Ya
, penyusunan Allah sangat terbaik buat hambaNya. Namun kadang-kala kita
menyalahkan Allah sedangkan, setiap penyusunannya sangat terbaik untuk kita
Hujan
. Kita marah . Panas . Kita bising
Itu
dan itulah berulang kali setiap masa , setiap masa .
Satu
kisah yang saya ingin kongsikan pada kali ini ialah kisah seorang ulamak pada
masa dahulu. Punyai hikmah yang tersendiri di samping kezuhudannya yang
tersendiri .
Pada satu hari , beliau telah didatangi oleh Perdana Menteri Ali Pasha.
Pada satu hari , beliau telah didatangi oleh Perdana Menteri Ali Pasha.
"Wahai
ulamak , sesungguhnya sebentar sahaja lagi aku akan menghadap raja , maka ,
jika engkau punyai apa-apa permintaan atau hajat yang ingin aku sampaikan
kepadanya , khabarkan sahaja padaku . Akan aku sampaikan kepadanya ", kata
perdana menteri Ali Pasha.
Dengan tenang sambil tersenyum , ulamak tersebut menjawab pertanyaan Ali Pasha , "Wahai Ali Pasha , jika engkau punyai hajat atau apa-apa permintaan , khabarkan sahaja kepada aku , pasti akan aku sampaikan kepada pemilikku . Pasti akan diberi kemudahan dan dimakbulkan apa yang engkau hajati "

Mendengar
kata-kata ulamak tersebut menyebabkan perdana meneri Ali Pasha sangat tersentuh
. Sedang ulamak tersebut lebih mengharapkan kepada Allah , tapi dirinya lebih
mengharapkan manusia yang sama taraf dengannya .
Ya , kadangkala , kita terlupa yang kita punyai Allah yang lebih berkuasa dari
manusia . Kadangkala kita terlupa yang kita punyai Allah yang sentiasa menemani
kita dalam setiap perkara .
Hari ini ramai orang yang berusaha , tapi tidak meletakkan Allah sebagai matlamat utama , maka jika apa yang diusahakannya tidak menjadi , mulalah menyalahkan takdir . Menyalahkan itu menyalahkan ini . Berbeza dengan mereka yang berusaha dan meletakkan Allah sebagai tujuan utama . Bila tidak menjadi , konsep dan redha itu menjadi teras.

Teringat saya pada doa para alam ulamak terdahulu .
"Wahai
Allah , gantilah hati aku ini dengan hati yang baru . Hati yang mana lebih
dekat denganMu , lebih dekat untuk mencintai RasulMu "
Mari
perbaiki hubungan kita dengan Tuhan kita . Dia tahu mana yang terbaik untuk
kita . Dia tahu mana yang diperlukan kita dan mana yang tidak diperlukan oleh
kita . Moga-moga dengan membaiki hubungan dengan Dia , menjadi asbab untuk kita
sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri untuk mendapat redha Dia.
Dari
hamba kepada hamba untuk sama-sama duduk dan beristifar sambil berfikir dan
bermuhasabah.
No comments:
Post a Comment