Kali ini khas buat wanita ^^_
Saya umumkan, saya antara pencinta
wanita. Wanita sangat mahal pada pandangan saya.
Mana mungkin saya tidak mencintai
wanita kerana, saya sendiri lahir dari rahim wanita.
Seorang doktor,guru, perdana
menteri, perompak, sesiapa sahaja lahir dimuka bumi ini, lahir dari rahim
wanita kecuali Nabi Adam.
Tiada manusia hebat. Semuanya sama. Lahir dari seorang wanita. Namun, kehebatan seseorang manusia itu lahir
bila ada seorang wanita yang hebat bersama mereka. Itulah ibu.
Maka, jika rosak wanita, maka,
rosaklah masa depan dunia.
Wanita itu mahal, kerana itu mereka
juga Bidadari.
Apa punca mereka mahal ?
Kerana Islam meletakkan wanita di
tempat yang tinggi nilainya . Malah, Islam sendiri menggariskan aurat wanita
yang berbeza dengan aurat lelaki. Lebih tertutup. Susah dinampakkan, kecuali
yang halal sahaja dibenarkan melihat aurat wanita .
Menutup aurat itu menunjukkan
keperibadian wanita itu sendiri. Ya, saya tidak bohong!
Buktinya wanita juga boleh
diibaratkan seperti barang kemas, intan permata. Kerana apa, kerana mereka
mahal, kerana itu saya samakan mereka dengan barang kemas dan intan permata.
Nampak ?
TERDIDIK MANITA TERDIDIK GENERASI (
USTAZAH PILIHAN )
Mari renungi bersama .
Sabda Rasulullah s.a.w “Barang siapa yang jatuh cinta, lalu menyembunyikannya dan memelihara kesucian dirinya serta bersabar sampai dia meninggal dunia, maka dia adalah seorang yang mati syahid.”
Moga ada manfaat untuk kita semua
termasuk saya .
No comments:
Post a Comment