Assalamualaikum.. w.b.t
Mereka
mengajar . Mereka mendidik . Mereka juga memperjuangan cinta .
Itulah
IBU...
Cinta
mereka disalurkan demi memberikan kemanisan untuk kita. Tanpa henti kita
merasainya. Tanpa jemu mereka menaburi cinta untuk kita .
Lihat
sahaja hari ini, tanpa usaha keras seorang ibu, mana mungkin kita menjadi diri
kita yang sekarang. Tanpa letih dan jemu juga kita masih lagi mengguna pakai
ilmu yang dicurahkan oleh seorang IBU .
Mereka
biasa-biasa, namun usaha dan cinta mereka kepada kita sangat luar biasa. Mereka
akan terus berjuang, selagi mereka masih bernyawa. Erti hidup pada memberi. Analoginya
ibarat pokok pisang. Ia biasa-biasa, namun hasilnya sangat luar biasa.
Menabur budi sehingga ia mati malah jasanya terus mengalir lagi. Walaupun
pisang tidak akan berbuah dua kali, namun berbuahnya kali pertama dan selepas
itu mati, cukup memberikan ispirasi. Matinya bukan mati biasa biasa, namun
matinya masih lagi berjasa. Ia mati bukan hanya selepas meninggalkan buahnya,
sebaliknya ia pasti meninggalkan anak-anaknya dan kita akan dapat menikmati
buah pisang lagi walupun pisang yang dahulu telah mati.
Pokok
pisang hakikatnya menggambarkan realiti hidup ibu yang perlu kita contohi dan
teladani. Ia mengajar kita erti untuk memberi, berjasa. Jangan berhenti
melakukan kebaikan walupun setelah kita telah mati .
Contohnya, sikap berbudi bahasa itu diterapkan sejak bermula dari madrasah pertama
anak-anak. Ia didik mengikut acuan dari ibu dan ayahnya. Bagus acuanya,
bagus juga produknya. malah sehingga kehari ini, sikap berbudi bahasa itu
masih lagi diguna pakai hingga si anak meningkat usianya.
Contoh
lain pula, ilmu yang diajar juga dan ilmu yang dididik oleh seorang ibu juga
masih lagi diguna pakai untuk masa-masa yang mendatang kerana, semua yang kita
lakukan pada hari ini sehingga sejak berkurun lamanya lagi perlu disertakan dengan
ilmu bagi merealisasikan apa yang ingin direalisasikan.
Inilah
yang dikatakan mereka terus berjuang demi cinta . Walaupun sudah pergi, namun
cinta mereka masih lagi diguna pakai. Masih lagi mengalir untuk kebaikan .
Kebaikan
yang terus hidup.
Namun, adakah kita memerhati ?
Oleh
itu, sebagai manusia yang sentiasa berfikir dan berzikir , pasti teladan dari
ibu diiktibarkan dalam kehidupan.
Bahkan orang yang berjaya sentiasa berfikir untuk membuat satu kebaikan yang
berterusan hidup selepas kematian.
Jasa
mereka sangat luar biasa, maka kita juga perlu memperluas cinta meraka agar
kebaikan itu terus hidup .
“Apabila
mati anak Adam , maka telah terputuslah amalannya melainkan tiga perkara ;
sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang mendoakan keatasnya”
(
Riwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari)
Jasa
yang dikenang untuk ibu,
Moga
ada manfaat untuk kita semua termasuk saya . Selamat hari ibu.
P/s
: SAYA SAYANG AMMAK... :
No comments:
Post a Comment