salam... yang bernama MANUSIA,.!?
Kadangkala
dalam perjalanan kehidupan ini, manusia jatuh sakit.
Allah
ujinya dengan kesakitan.
Kadangkala
manusia hanya tidak perasan,
Allah
sedang memberikan kepadaNya titik perhentian untuk bermuhasabah.
Sungguh
sebenarnya, sakit itu nikmat.
Nikmat
Peringatan :
Kita
perlu sedar bahawa kita adalah manusia. Dinamakan manusia kerana fitrah manusia
adalah pelupa. Ada antara kita berilmu luas, ada pula antara kita harta melaut,
ada pula kita kebolehan tak tertanding, dan 1001 nikmat lagi. Tetapi dengan
sakit, semuanya itu seakan tidak berguna langsung. Yang kita mahu adalah sihat.
Ketika
itu kita akan tersedar. Kalau ilmu, harta, kebolehan dan kebanyakan nikmat
material lain kadangkala boleh menjauhkan kita daripada Allah SWT apabila
disertai bongkak, angkuh, riya’ dan sebagainya, sakit membuatkan kita beringat.
Kadangkala
kita akan terfikir, apakah yang telah kita lakukan atas tubuh kita yang sihat
sebelum ini? Kadangkala kita akan teringat, perbuatan-perbuatan kita yang tidak
sepatutnya kita buat semasa kita sihat.
Ada
pepatah berkata:
“Hanya
orang yang miskin tahu nikmat kekayaan, hanya orang sakit tahu nikmat
kesihatan, dan hanya orang mati tahu nikmat kehidupan”
Sakit,
mampu menjadikan kita beringat. Seakan-akan bila kita sakit, Allah SWT berbisik
kepada kita:
“Sesungguhnya
Aku mampu menarik nikmatKu bila-bila masa sahaja”
Maka
wajiblah kita memperingatkan diri
Allah
SWT berfirman:
“Demi
Sesungguhnya , Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan
kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan
brikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar” Surah Al-Baqarah ayat
155.
“Dan
patutkah mereka tidak mahu memerhatikan, bahawa mereka diuji, pada setiap
tahun, sekali atau dua kali(paling kurang), kemudian mereka tetap juga tidak
bertaubat dan tidak juga mereka mahu mengingat?” Surah At-Tawbah ayat 126.
“Alangkah
baiknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri(taubat dan insaf)
ketika mereka ditimpakan azab Kami?…” Surah Al-An’am ayat 43.
“Tidak
ada satu kesusahan, yang menimpa di bumi dan juga yang menimpa diri kamu,
melainkan telah sedia diadakan di dalam Kitab sebelum Kami menjadikannya.
Sesungguhnya yang mengadakan demikian(kesakitan, cubaan, bencana) itu, adalah
mudah bagi Allah. Supaya kamu tidak bersedih hati dengan apa yang luput
daripada kamu, dan supaya kamu tidak bongkak dengan apa yang ada pada diri
kamu, dan ingatlah bahawa Allah tidak suka pada setiap mereka yang takabbur
lagi membanggakan diri” Surah Al-Hadid ayat 22-23.
Tiadalah
sakit-sakit ini menimpa kita, tiadalah bencana itu ini menyentuh kita,
melainkan ada hikmahnya. Allah ingin kita kembali mengingati-Nya, bergerak ke
arah-Nya, muhasabah kembali kehidupan kita.
Sakit
adalah petanda bahawa kita adalah manusia.
Ya,
manusia yang lemah. Sebagai yang lemah, kita perlu beringat. Perlu sentiasa
sedar akan kekerdilan kita. Didatangkan sakit, adalah untuk kita beringat
betapa kita hakikatnya langsung tidak patut mendongak bongkak kepada Yang Maha
Berkuasa – Allah SWT.
Penutup:
Maka bersyukurlah atas nikmat ini
Jangan
dicela sakit yang menimpa. Ambil penyakit itu sebagai peringatan. Sesungguhnya
kita ini manusia yang lupa, dan sakit bencana yang menimpa itu untuk
peringatan.
Dan
tidaklah peringatan itu tiba dari yang bukan memerhatikan. Maka ketahuilah bila
anda sakit, Allah hakikatnya sedang memberikan perhatian kepada anda. Bukankah
itu satu kemuliaan?
Tetapi
bagaimana kita melayan sakit kita? Bagaimana kita berhadapan dengannya?
Ada
antara kita menyumpah Allah kerana menyukarkan kehidupan kita.
Namun
Allah SWT berfirman:
“Dan
apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada
tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa
yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar
dosa-dosa kamu” Surah Asy-Syura ayat 30.
MasyaAllah… tetapi Allah ampunkan sebahagian besar
dosa kita atas bencana yang datangnya kerana kita.
Bukankah
kita sentiasa mendegar: Sakit itu kaffarah dosa?
Di
sini kita muhasabah kembali kehidupan kita.
Sakit
itu nikmat, yang tidak boleh kita biarkan ia berlalu sia-sia.
No comments:
Post a Comment