Thursday 13 October 2011

Ko Santau Aku, Aku Santau Kau Balik.


 Salam....
Okay, kali ini Sern nak bawa semua ke alam Santau. Bukan Santan. santan tu yang ada kat dapur, emak kita guna untuk masak....
Santau? Apa tu Santau? Sejenis kuih ke? Santau ni lokasi pelancongan ke?
hah, untuk pengetahuan semua Santau merupakan rangkaian daripada 3 perkara iaitu ramuan, sihir dan mahluk halus. Santau sering diamalkan di IndonesiaMALAYSIA, Philipine dan sedikit tempat di Selatan China. Korang tau tak jenis Santau yang ada?
Ada 4 jenis Santau iaitu Santau Angin, Santau Tuju, Santau Makanan dan Minuman dan Santau Langkah.
Mari kita tengok satu persatu.

Budak2 nie, adlah yang terkena mangsa santau TIDO oleh penceramah...haha

Santau Angin ni disebarkan melalui angin samada secara bersemuka atau melalui sebaran. Santau ini diletakkan di celah kuku sebelum dibuang di tempat orang ramai. Melalui pengetahuan Sern, 1 jari boleh beri kepada 20 mangsa. Kalau 10 jari? Astaga..sendiri fikirla eh.


Santau Tuju. Santau ini ditujukan kepada individu berkenaan. Peratusan kena ada 99.9%. Elakkan daripada menyebarkan tarikh lahir anda kerana si penyantau boleh membuat kiraan dalam tarikh lahir anda dan bila hari anda boleh dikenakan. So, hati-hati dalam berikan tarikh lahir anda. *takutnye...sern nye ..*


Santau Makanan dan Minuman. Ia dimasukkan dalam makanan dan minuman. Jika seseorang mengamalkan pendinding diri, dia boleh detect dengan cara seperti gelas or pinggan pecah, terdapat rambut dalam makanan. Jangan ambik ringan okay kalau ada rambut dalam makanan tu. Jangan ingat rambut tu jatuh or gugur okay. Take more serius okay.


Santau Langkah. Boleh dilakukan samada di rumah atau pejabat or mana-mana je. Si penyantau akan taburkan semua benda dia buat then sebut orang yang dituju tu. Apabila dia memijak atau melangkah, then sahla dia kena. Jadi, mulakan langkah dengan kaki apa? Mesti semua tau kan. Pehatikan juga sekeliling tu okay.

Kenapa Sern tetiba bawa isu Santau ni. Ini sebab ada berlakunya perkara sebegini dalam masyarakat kita. Ini kisah benar dan bukaan rekaan Sern. Perkara ini terjadi di tempat Sern tinggal. Jiran Sern sendiri. Dia terkena santau oleh orang yang tidak berperikemanusiaan. Yang kenanya anak , yang nak ditujukan kepada si bapa. hurm, apala masyarakat kita ni. Mengikut sumber, hampir keseluruhan tempat sudah terkena dan kami terpingga-pingga mendengar kenyataan itu. Si penyantau nak santau orang tu sebab ada perselisihan faham. Adoii la..takkan silap sikit je nak santau? Ambil la alternatif lain berbanding dengan melakukan perlakuan syirik ni . Hurm, harap si anaknya semakin sihat. Walaupun luaran nampak takda, tapi Sern percaya masih ada lagi melekat dalam badannya. Kesian dia..dah la perempuan..hurm...Moga Si penyantau mendapat balasan daripada Tuhan.

persoalannye, : siapakah makhluk yang bernama SERN.... GENG,geng..geng...

P/S : Kalau mimpi jatuh tempat tinggi atau mimpi dapat bayi..anda patut berhati-hati. Ada orang hasad dengki tengah menghantar sesuatu kepada anda. Takut kan . Jauhi Santau ni. Janganlah saling menyantau. Kang tak pasal-pasal tersantau diri sendiri okay!

No comments:

Post a Comment