Monday, 16 September 2013

the important date

Hari kelahiran dan hari kematian..??!!

Sekadar ingatan buat diri, sempena hari kelahiran saya ke bumi ini. 
Assalamualaikum w.b.t,

Segala puji bagi Allah SWT yang menurunkan kepada para hambaNya kitab Al-
Quran yang tiada padanya keraguan atau kesesatan melainkan orang-orang 
yang mempelajarinya tanpa berguru dengan yang hak. Selawat dan Salam ke 
atas Nabi kita Nabi Muhammad SAW, doa yang menyelamatkan kita di dunia dan akhirat, juga ke atas sekelian ahli keluarga, para sahabat dan sekelian pengikut Baginda SAW sehingga ke hari pembalasan kelak.


6 SEPTEMBER, hari kelahiran aku didunia ini, yang sudah pasti aku tidak tahu menahu kenapa aku berada di sini sehingga hari berganti hari, tahun berganti tahun, zaman berganti zaman. sampailah aku membesar di dunia ini dengan pertolonganMu YA ALLAH.! sesetengah hamba Allah tidak sempat mengenal dunia dan ada juga tidak sempat merasai duniawi ini, mungkin Allah lebih sayang akan mereka. 
Bagaimana pula dengan hari atau tarikh kematian kita.?

Bak kata ustaz, kebiasaanya Orang-orang Islam, Insya-ALLAH akan mati dan meninggal pada tarikh yang sama. Contohnya Nabi Muhammad S.A.W, nabi yang kita sayangi. Beliau lahir pada 12 Rabiul awwal iaitu pada hari Isnin dan wafatnya juga 12 Rabiul awwal pada hari Isnin juga. Kata ustaz juga, kalau kita tidak mati ditarikh yang sama. Insya-ALLAH akan meninggal di hari yang sama kita dilahirkan. Kalau hari Jumaat lahirnya kita. Kita akan meninggal pada hari Jumaat.

6 SEPTEMBER juga, hari tarikh lahir aku menurut tahun Masihi kononnya berdasarkan tahun daripada lahirnya Nabi Isa AS. Bahkan ada juga yang mengatakan tahun yang dikira bermula daripada kewafatan Nabi Isa AS, yang mana sebagai orang Islam kita menolak pernyataan itu. Ini adalah kerana Nabi Isa AS tidaklah wafat  seperti mana dakwaan sesetengah pihak tetapi telah diangkat ke langit oleh Allah SWT. Sekadar sepintas lalu sejarah mengenai sistem tarikh yang kita gunakan kini.

Walaupun jarang sekali saya meraikan atau menyambut hari kelahiran ini, saya selalu mengingatinya. Sambutan hari jadi ni, sejak sekian lama berevolusi dan beransur-ansur tersebar luas dan mula diamalkan oleh orang kebanyakan sesuai dengan arus kemajuan, pembangunan dan kemodenan. Jika dahulu sambutan hari jadi disambut oleh bangsawan-bangsawan dan golongan yang kaya sahaja, namun kini masing-masing sedikit demi sedikit mula bertambah dan mampu menyambutnya secara kecil-kecilan sehinggalah akhirnya sambutan hari lahir ini sudah menjadi adat dan kebiasaan pula kepada orang kebanyakan. Sehingga ia mula diraikan hampir di setiap ceruk di seluruh pelusuk dunia.
Kenapa, apabila datangnya hari lahir sesorang itu akan diberikan hadiah.??

Justeru, ingatilah dan sambutlah hari lahir kita sebagaimana Allah SWT dan RasulNya SAW mahukan kita senantiasa bermuhasabah mengingati muda sebelum tua dan hidup sebelum mati. Mulakan dengan memperbaiki niat dan azam kita untuk terus bermujahadah dan istiqomah memperbaiki dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Seterusnya beramal-ibadahlah dengan penuh kesungguhan untuk akhirat kita seolah-olah kita akan mati esok hari tanpa kita melupakan atau mengabaikan nasib kita dan keluarga kita di dunia ini.

akhir kata, setiap kelahiran pasti ada kematian 

Allahu Wa Rasuluhu A'lam.

P/S : ALLah selamatkan kami, Allah Selamatkan Kami (nak kek naktiup lilin )

Sunday, 7 July 2013

mula dari awal

Assalamualaikum W. B. T....... dan

salam satu MALAYSIA, salam satu family, salam satu belog dan salam satu dua Tiga...
kenape banyak sangat salam kali nie, kerana aku dah lame tak menulis kat sini (kesah pulak korang kann) ..

bukan aku tak nak membelog kat sini dan bukan juga aku takde mase, dan bukan takde idea (klw nak di ikut kan idea aku nie mencurah-curah macam kat ladang gandum kate koo. kalah profesor dgn idea aku ni )

mungkin konsep aku nie " ASAL BOLEH " sbb tu bile aku nak buat something tu aku onthespot. Tp klw uoolss nk ikut jejak denn nie okey juga.. tapi klw jatuh bangun sendiri... tulah sikit sebanyak tips aku.. tips ke..??
LAH TAHZAN..!!
okey lupe kan ape yg diatas tu... skrg nie korang semua dah taw tidak lame lagi kita akan menyambut bulan RAMADHAN, lagi selang bape hari je.. macam mane preparation korang bukan prepare utk Iftar okey.!! utk nafsu di bulan puasa.. Are Ready to the NEXT....ramadan (tibe excited lebih).. okey saya ade tips skit utk ramadhan ini... MUST read.!!

Tips Ustadz Tate Qomaruddin (Memahami Fadhilah Ibadah)
  1. Kenali dan pahami keutamaan (fadhilah) setiap ibadah. Bacalah ayat-ayat Qur’an atau hadits shahih yang menerangkan keutamaan ibadah.
  2. Ubah lintasan hati untuk melakukan ibadah menjadi keinginan, lalu tekad. Caranya dengan selalu mengingat bahwa hidup kita belum tentu masih panjang.
  3. Sering mengadakan berkumpul (majelis, halaqah) untuk saling menasehati dan mengingatkan.
  4. Sering-sering “menengok” bagaimana para sahabat dan tabi’in bersungguh-sungguh dalam melaksanakan ibadah (membaca sirah/perjalanan hidupnya).
  5. Bersikap menengah (sedang-sedang saja) dalam melaksanakan ibadah. Jangan memforsir diri secara berlebihan. Karena ibadah yang baik adalah yang dilakukan secara dawam (kontinyu) walaupun sedikit.
  6. Mintalah kepada orang tedekat untuk mendorong melaksanakan ibadah atau mengingatkan apabila kita lalai dalam beribadah.
  7. Berdo’a. Diantara do’a yang diajarkan adalah “Allahumma a’innii ‘alaa dzikrika wa syukrika wa husni ‘ibaadatika” (Ya Allah, bantulah aku untuk selalu mengingat-Mu, untuk bersyukur kepada-Mu, dan untuk melaksanakan ibadah kepada-Mu secara baik).

Thursday, 11 April 2013

tido0 zzZZZ

salam... 1 Malaysia

Tidur adalah pekara yang paling menyeronokan bagi manusia, malah haiwan dan tumbuhan juga merasai keseronokan tersebut, termasuklah makhluk yang berada di bumi ini. Semua pernah merasai tidur...
kalaulah kita boleh tanya kucing mcm mane merasai tido die mesti cakap seronok juga.

TAPI... kenapa kita harus tangguh tidur..!??

Seorang hakim berkata : "Seorang tidak boleh tidur sehingga menyelesaikan empat perkara."
- Jangan tidur selama dia percaya atas bumi ada musuh, sehingga minta halalnya, sebab kemungkinan dia    
   mati  sehingga dituntut oleh Allah.
- Jangan tidur jika masih rasa berdosa dan sebelum taubat daripadanya, sebab kemungkinan dia mati dan
   dianggap terus dalam berdosa.
- Jangan tidur sehingga menulis wasiat yang tepat, sebab mungkin dia mati tanpa meninggalkan wasiat.
- Jangan tidur jika masih belum menyelesaikan kewajipan kepada Allah s.w.t

Manusia pada waktu pagi ada tiga macam :
- Sebahagian Mencari Harta
- Sebahagian mencari Dosa
- sebahagian mencari jalan yang diredaiAllah s.w.t

Yang sibuk mencari harta, maka dia tidak akan makan lebih daripada rezekinya meskipun hartanya sangat banyak. Dan yang sibuk mencari dosa maka pasti mendapat kehinaan. Dan yang mencari Jalan menuju keredaan Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. akan memberinya rezeki dan jalan.

Doa Sebelum  Tidur  :


بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ


bismikallahumma ahya wa amutu
Maksudnya: Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati
hidup yang kekal abadi

Sunday, 31 March 2013

ketakutan

Salam'mualaikum... (Dengan suara yg seram)

Di malam yang gelap gulita, tepat pada jam 12.00 mlm, dalam keadaan sunyi sepi hanya kedengaran kipas syiling sahaja yang perputar, dengan perbaring diatas sofa ruang tamu, hanya menunuggu mata untuk melelap... tiba-tiba (jeng,jeng,jenggg) aku terdengar sesuatu di bilik air, aku lantas menuju  dalam keadaan ketakutan, setelah sampai dibilik air aku terjumpa KEPALA... aku tidak menjerit, aku hanya pergi ke kepala itu dan aku putarkannya supaya hilang kedengaran... -SEKIAN-

Amacam seram tak cita ni ( berpeluh juga arr nak reka ), tapi bukan ketakutan ini yang saya ingin utarakan ini hanyalah wayang semata-mata yang anda tengok kene bayar 12 hinggit tu... sebentar lagi saya akan menceritakan  ketakutan sebenar.. ( HAHAAhaa)..
sebelum itu saya nak memberi peringatan sebelum tido periksa paip2 di rumah, supaya tidak kedengaran seperti saya... PERINGATAN INI DI SOKONG OLEH SYARIKAT BEKALAN AIR (SYABAS)..
tapi kebelakangan ni rumah aku kerap takde air... (Acaner tuu)
background saja yg mampu di letak, mungkin ada kelebihan bagi org yang berfikir
Apabila hati dapat merasai sesuatu akan menimpa sama ada besar atau kecil bencana itu ataupun kecelakaan yang menimpa diri kita .... . . .

Apakah kamu terfikir pada waktu itu.?
- Sama ada, aKU TERFIKIR mungkin sebelum ini aku telah melakukan berbuatan yang dilarang dalam    
   keadaaan sedar atau sebaliknya.
- Ataupun mungkin ini sudah takdir yang bala akan menimpa aku ( Qun Fayaqun )....
Cuma dua perkara sahaja yang bermain difikiran manusia apabila terjadi sedemikian...

Maka, apabila ingin melakukan perbuatan mungkar berfikir dulu, kerana bencana akan mengiringmu, apabila anda melakukan perbuantan tersebut. makhluk yang paling dekat dengan anda apabila melakukan kemungkaran adalah syaitan, bisikan nya sangat tajam ( syaitan akan datang dengan tahap keimanan anda, jika iman anda kuat iblis akan menghantar yang kuat juga).. sehingga kamu dapat melawannya. jika tidak..??

Sabda Nabi SAW.: Sesungguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika dia rosak maka akan rosaklah seluruh tubuhnya, ketahuilah bahawa dialah HATI. (HR. Bukhari dan Muslim) 

Tetapi ALLAH suka lagi kepada yang membuat mungkar daripada hambanya yang bersifat Ujub..

Bagaimana pula orang yang mendapat kejayaan dari ALLAH... adakah HAtinya juga dapat merasai kehadiran kejayaan nya

Apabila seseorang itu mendapat kejayaan atau hati nya terasa kegembiraan bermakna ALLAH sedang mengujinya sama ada ia bersyukur atau ia jauh dari-Nya.
“Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. mereka itulah orang-orang yang fasik.” (Surah al-hasyr ayat: 19)

Kesimpulannya : apabila anda mendapat kejayaan atau musibah sentiasa berbalik kepada ALLAH.. dan takut lah dengan Azab ALLAH apabila terfikir ingin melakukan kemungkaran - Salam Ukhwah -


Thursday, 28 March 2013

sekelip mata

salam dan minta maaf.. kenape??

OK, straighttothepoint arini terasa nak naik Rafale?? burung besi yang awoseme tu, bukan nak naik tapi lebih kepada nak bawak.

Rafale atau full name, Dassault Rafale pesawat pejuang pelbagai peranan (MRCA) mempunyai sayap delta, berenjin kembar dan lincah. Ia direka dan dibina oleh Dassault AviationPerancis. Pesawat Rafale dikeluarkan untuk operasi di darat oleh Tentera Udara Perancis dan untuk kegunaan Tentera Laut Perancis di atas kapal pengangkut pesawat

Sekarang ia berada Langkawi,(yee kot). untuk pertunjukan LIMA 2013... Aku ingat LIMA ni ape, rupenya shortform LANGKAWI INTERNATIONAL MARITIME & AEROSPACE..(harap kene byk membace).. Pasti ramai yang tertunggu, pameran 26 until 30 Mac 2013. Orang kata, "Dassault Rafale" ini akan menggantikan "MiG 29N" yang bakal dipencenkan pada tahun 2015.
Klw gitu sape nak sponsor gua pergi Langkawi, klw ade, mesej jee atau Email.... -SEKIAN-

-SUkA DUKA PENDUDUK BUMI (atas dan bawah).

Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) hamba-hambaNya. Tetapi Allah Ta’ala menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama sehingga apabila tidak tertinggal satu orang alimpun, manusia akan menjadikan pemimpin-pemimpin dari orang-orang yang bodoh, maka tatkala mereka ditanya (tentang masalah agama), lalu mereka akan berfatwa tanpa ilmu, akhirnya mereka sesat dan menyesatkan. (Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidhi dan Ibn Majah)

setelah pemergian Ulama tersohor dunia (SHEIKH SAID RAMADHAN)- (1929-2013)... 22 Mac
"Tidak tinggal lagi umur bagi aku melainkan berapa hari yang boleh dikira.Sesungguhnya aku mencium bau syurga dari belakangnya. Jangan lupa wahai saudaraku untuk mendoakan aku." kata terakhir beliau dengan sahabatnya. Ulama Yemen, Habib Ali Al-Jufri..
Sabda Nabi SAW; "Hendaklah kamu takuti firasat orang mukmin kerana dia lihat dengan pandangan Allah."
kematian beliau di Masjid Enam Damsyik, Syria dan kematian beliau sama tarikh, dengan kematian Sheikh Ahmed Yassin (Harakat Al-Muqawama Al-Islamiyya - Hamas) Gerakan pembela islam, di Palestin. 
seorang lagi Ulama Malaysia Dr Muhammad Uthman El-Muhammady meninggal dunia di kediamanya di ISTAC, Taman Duta.

-AL-FATIHAH-




Tuesday, 26 March 2013

the power of hand

salam' mualaikum,

segala puji bagi ALLAH SWT  yang telah menganugerahkan kepada kita nikmat iman dan islam. selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad saw, ahli keluarga Baginda, para sahabat, tabiin dan sesiapa sahaja yang menuruti dan mengikut jejak langakah mereka sehingga hari kiamat.

namapk tak ayat kt atas tu..

kalau anda perasan  ayat nie selalu berada die mana..?? -__-
OK BETUL. !!! ia selalu berada di buku-buku, di muka depan, tapi apa kena mengena ayat kat atas tu dengan aku.

Maknaye, saya teringin sangat nak mengarang dan mengeluarkan sebuah buku.. wOWW .

sekian...

ini sebenarnye sekadar MONOLOG,, japp monolog ke nama die, ye kot. haha!!
-------------------------------------------------------------------------------
Sebenarnye dh lame gak arr tak menaip kat Sini tu yang gagap ( tangan pun blh GAGAP).. tapi takpe tanpe menghampekan anda saya sajikan kisah yang bukan calang2 orang IAITU :
UWAIS aL- QARNI
Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan.
Kulitnya kemerah-merahan. Dagunya menempel di dada kerana selalu melihat pada tempat sujudnya. Tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya.
Ahli membaca al-Quran dan selalu menangis, pakaiannya hanya dua helai dan sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya digunakannya sebagai selendang. Tiada orang yang menghiraukan, tidak terkenal dalam kalangan manusia,namun sangat terkenal di antara penduduk langit.
Tatkala datangnya hari Kiamat, dan tatkala semua ahli ibadah diseru untuk memasuki Syurga, dia justeru dipanggil agar berhenti dahulu seketika dan disuruh memberi syafa'atnya.
Ternyata Allah memberi izin padanya untuk memberi syafa'at bagi sejumlah bilangan qabilah Robi'ah dan qabilah Mudhor, semua dimasukkan ke Syurga dan tiada seorang pun ketinggalan dengan izin-Nya.
Dia adalah 'Uwais al-Qarni' siapalah dia pada mata manusia...
Tidak banyak yang mengenalnya, apatah lagi mengambil tahu akan hidupnya. Banyak suara-suara yang mentertawakan dirinya, mengolok-olok dan mempermainkan hatinya.
Tidak kurang juga yang menuduhnya sebagai seorang yang membujuk, seorang pencuri serta berbagai macam umpatan demi umpatan, celaan demi celaan daripada manusia.
Suatu ketika, seorang fuqoha' negeri Kuffah, datang dan ingin duduk bersamanya. Orang itu memberinya dua helai pakaian sebagai hadiah. Namun, hadiah pakaian tadi tidak diterima lalu dikembalikan semula kepadanya. Uwais berkata:
"Aku khuatir, nanti orang akan menuduh aku, dari mana aku mendapatkan pakaian itu? Kalau tidak daripada membujuk pasti daripada mencuri."
Uwais telah lama menjadi yatim. Beliau tidak mempunyai sanak saudara, kecuali hanya ibunya yang telah tua renta dan lumpuh tubuh badannya. Hanya penglihatan kabur yang masih tersisa.
Bagi menampung kehidupannya sehari-hari, Uwais bekerja sebagai pengembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup-cukup untuk menampung keperluan hariannya bersama ibunya. Apabila ada wang berlebihan, Uwais menggunakannya bagi membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan.
Kesibukannya sebagai pengembala dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya. Dia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.
Uwais al-Qarni telah memeluk Islam ketika seruan Nabi Muhammad S.A.W tiba ke negeri Yaman. Seruan Rasulullah telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tidak ada sekutu bagi-Nya.
Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya menarik hati Uwais. Apabila seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, kerana selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran.
Banyak tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad S.A.W secara langsung. Sekembalinya di Yaman, mereka memperbaharui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.
Alangkah sedihnya hati Uwais apabila melihat setiap tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah bertamu dan bertemu dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang dia sendiri belum berkesempatan.
Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengan sang kekasih. Namun apakan daya, dia tidak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah. Lebih dia beratkan adalah ibunya yang sedang sakit dan perlu dirawat. Siapa yang akan merawat ibunya sepanjang ketiadaannya nanti?
Diceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah S.A.W mendapat cedera dan giginya patah kerana dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Khabar ini sampai ke pengetahuan Uwais.
Dia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada Rasulullah, sekalipun ia belum pernah melihatnya.
Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tidak terbendung dan hasrat untuk bertemu tidak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, "Bilakah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah beliau dengan dekat?"
Bukankah dia mempunyai ibu yang sangat memerlukan perhatian daripadanya dan tidak sanggup meninggalkan ibunya sendiri. Hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa Rasulullah.
Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya. Dia meluahkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan untuk pergi menziarahi Nabi S.A.W di Madinah.
Sang ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau amat faham hati nurani anaknya, Uwais dan berkata,
"Pergilah wahai anakku! Temuilah Nabi di rumahnya. Apabila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang."
Dengan rasa gembira dia berkemas untuk berangkat. Dia tidak lupa untuk menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama mana dia pergi.
Sesudah siap segala persediaan, Uwais mencium sang ibu. Maka berangkatlah Uwais menuju Madinah yang berjarak lebih kurang empat ratus kilometer dari Yaman.
Medan yang begitu panas dilaluinya. Dia tidak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari. Semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi S.A.W yang selama ini dirinduinya.
Tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi S.A.W, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah sayyidatina 'Aisyah R.A sambil menjawab salam Uwais.
Segera sahaja Uwais menanyakan Nabi yang ingin dijumpainya. Namun ternyata baginda tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati sang perindu, dari jauh ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tidak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi S.A.W dari medan perang.
Bilakah beliau pulang? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke Yaman.
"Engkau harus lekas pulang."
Atas ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemahuannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi S.A.W.
Dia akhirnya dengan terpaksa memohon untuk pulang semula kepada sayyidatina 'Aisyah R.A ke negerinya. Dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi S.A.W dan melangkah pulang dengan hati yang pilu.
Sepulangnya dari medan perang, Nabi S.A.W langsung menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad S.A.W menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit dan sangat terkenal di langit.
Mendengar perkataan baginda Rasulullah S.A.W, sayyidatina 'Aisyah R.A dan para sahabatnya terpegun.
Menurut sayyidatina 'Aisyah R.A memang benar ada yang mencari Nabi S.A.W dan segera pulang kembali ke Yaman, kerana ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama.
Rasulullah S.A.W bersabda: "Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya."
Sesudah itu Rasulullah S.A.W, memandang kepada sayyidina Ali K.W dan sayyidina Umar R.A dan bersabda:
"Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi."
Tahun terus berjalan, dan tidak lama kemudian Nabi S.A.W wafat, hinggalah sampai waktu khalifah Sayyidina Abu Bakar as-Shiddiq R.A telah digantikan dengan Khalifah Umar R.A.
Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi S.A.W tentang Uwais al-Qarni, sang penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kepada sayyidina Ali K.W untuk mencarinya bersama.
Sejak itu, setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, mereka berdua selalu bertanya tentang Uwais al-Qarni, apakah ia turut bersama mereka. Di antara kafilah-kafilah itu ada yang merasa hairan, apakah sebenarnya yang terjadi sampai ia dicari oleh beliau berdua.
Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka. Suatu ketika, Uwais al-Qarni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah.
Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, segera khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka.
Rombongan itu mengatakan bahawa ia ada bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, beliau berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qarni.
Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W memberi salam. Namun rupanya Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman.
Sewaktu berjabat tangan, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk
membuktikan kebenaran tanda putih yang berada di telapak tangan Uwais,
sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi S.A.W.
Memang benar! Dia penghuni langit. Dan ditanya Uwais oleh kedua tamu tersebut,
"Siapakah nama saudara?"
"Abdullah." Jawab Uwais.
Mendengar jawapan itu, kedua sahabat pun tertawa dan mengatakan,
"Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya?"
Uwais kemudian berkata "Nama saya Uwais al-Qarni."
Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia.
Itulah sebabnya, dia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan sayyidina Ali K.W. memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka.
Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah,
"Sayalah yang harus meminta doa daripada kalian."
Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata,
"Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar daripada anda."
Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdoa dan membacakan istighfar.
Setelah itu Khalifah Umar R.A berjanji untuk menyumbangkan wang negara daripada Baitulmal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera sahaja Uwais menolak dengan halus dengan berkata,
"Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi."
Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam dan tidak terdengar beritanya.
Namun, ada seorang lelaki pernah bertemu dan dibantu oleh Uwais. Ketika itu kami berada di atas kapal menuju ke tanah Arab bersama para pedagang. Tanpa disangka-sangka angin taufan berhembus dengan kencang.
Akibatnya, hempasan ombak menghentam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di pojok kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya.
Lelaki itu keluar daripada kapal dan melakukan solat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu.
"Wahai waliyullah, tolonglah kami!" Namun, lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi,
"Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!"
Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata,
"Apa yang terjadi?"
"Tidakkah engkau melihat bahawa kapal dihembus angin dan dihentam ombak?" Tanya kami.
"Dekatkanlah diri kalian pada Allah!" Katanya.
"Kami telah melakukannya."
"Keluarlah kalian daripada kapal dengan membaca Bismillahirrahmaanirrahiim!"
Kami pun keluar daripada kapal satu persatu dan berkumpul. Pada saat itu jumlah kami lima ratus lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan perahu kami serta isinya tenggelam ke dasar laut.
Lalu orang itu berkata pada kami,
"Tidak apalah harta kalian menjadi korban, asalkan kalian semua selamat."
"Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan?" Tanya kami.
"Uwais al-Qorni." Jawabnya dengan singkat.
Kemudian kami berkata lagi kepadanya,
"Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir."
"Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membahagi-bahagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?" Tanyanya.
"Ya!" Jawab kami.
Orang itu pun melaksanakan solat dua rakaat di atas air, lalu berdoa. Setelah Uwais al-Qarni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membahagi-bahagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tiada satu pun yang tertinggal.
Beberapa waktu kemudian, tersiar khabar Uwais al-Qarni telah pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah banyak orang yang berebut untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafan, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafankannya.
Demikian juga ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya.
Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan,
"Ketika aku ikut menguruskan jenazahnya hingga aku pulang daripada menghantarkan jenazahnya, lalu aku ingin untuk kembali ke kubur tersebut untuk memberi tanda pada kuburnya, akan tetapi sudah tak terlihat ada bekas di kuburnya."
(Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qarni pada masa pemerintahan sayyidina Umar R.A.)
Pemergian Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat menghairankan. Sedemikian banyaknya orang yang tidak kenal datang untuk mengurus jenazah dan pengebumiannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang.
Sejak dia dimandikan hingga jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang.
Mereka saling bertanya-tanya "Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tidak memiliki apa-apa? Kerjanya hanyalah sebagai penggembala?"
"Namun, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenali. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya."
Agaknya mereka adalah para malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa Uwais al-Qarni.
"Dialah Uwais al-Qarni, tidak terkenal di bumi tapi sangat terkenal di langit."